Perbalahan dan pertikaman lidah di antara bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar,kiri) dengan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai isu modul Biro Tata Negara (BTN), semakin parah dan membarah.
Kedua-dua orang kuat Umno ini saling tuduh-menuduh sebagai rasis. Rupa-rupanya hari ini baru mereka sedar bahawa mereka yang berjuang dalam Umno selama ini adalah sama-sama rasis. Masing-masing tidak mahu mengalah hingga menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin dan penyokong parti Melayu itu.
Blogger pro-Umno dan penyokong parti itu mendesak Nazri meletak jawatan dan keluar dari Umno.
Dalam perkembangan terbaru, Dr Mahathir membalas kenyataan Nazri dengan menuduh ‘anak didiknya’ itu sebagai rasis. Nazri pula melabel Mahathir sebagai ‘bapa’ rasis kerana Mahathir adalah bekas presiden parti Umno yang rasis itu.’nst-nazri-s
“Saya adalah rasis kerana Nazri (gambar,kanan) menuduh saya begitu,” kata Mahathir dengan nada sinis selepas menyampaikan ucaptama di Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia 2009 anjuran Ikatan Solidariti Wartawan Malaysia Indonesia di Kuala Lumpur semalam.
Kata Mahathir lagi, sekiranya Nazri merasakan bahawa beliau bukan rasis maka dia hendaklah keluar dari Umno.
Perbalahan di antara mereka berdua yang dilihat sudah sampai ke tahap kritikan dengan saling cabar mencabar memaksa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta pemimpin dan ahli Umno supaya berdiam diri kerana bimbang akan dimanipulasi oleh Pakatan Rakyat.
Sambil menyifatkan kenyataan Nazri itu melampau, Muhyiddin bimbang Umno telah masuk perangkap Pakatan Rakyat, dengan pertelagahan ekoran isu modul BTN mula yang dibangkitkan oleh pemimpin PR yang menyifatkan ia doktrinasi politik Umno-BN.
Sebelum itu, Nazri mengkritik Mahathir kerana mempertahankan modul latihan BTN. “Walaupun semangat patriotisme adalah penting tetapi doktrin “Ketuanan Melayu” adalah sesuatu yang janggal dalam masyarakat berbilang kaum,” kata beliau di lobi Parlimen baru- baru ini.
Kursus BTN yang bertujuan untuk menanamkan semangat nasionalisme dan cintakan negara ini tetapi disalahgunakan oleh Umno- Barisan Nasional (BN) bagi meniupkan api perkauman dan menakut-nakutkan orang-orang Melayu.
Kepada para peserta Melayu, dihasut supaya membenci kaum-kaum lain dengan modul “kalau kita tidak menyokong Umno maka kepentingan Melayu dan negara ini akan tergadai.”
Kepada peserta bukan Melayu, lain pula yang diajar. Negara ini bukanlah hak ekseklusif orang-orang Melayu dan ditanamkan doktrin 1Malaysia. Semua rakyat mempunyai hak yang sama rata, termasuk pembahagian yang adil dalam ekonomi dan kekayaan negara.
Kesediaan kerajaan untuk mengkaji semula modul-modul latihan BTN setelah diasak oleh pemimpin-pemimpin pembangkang menyerlahkan hakikat ini. Politik pecah dan perintah Umno-BN.
Kedudukan Umno terutamanya, kini berada dalam keadaan yang serba salah. Ibarat “ditelan mati emak, diluah mati bapak”. Apabila dirombak nanti, Umno akan kerugian kerana tidak boleh lagi menghasut orang-orang Melayu, terutama anak-anak muda dan para peserta kursus untuk membenci kaum-kaum lain.
Umno bimbang kesan dari rombakan modul latihan nanti akan menghakis pengaruhnya. Umno akan menjadi tidak relevan dan tidak diperlukan lagi.
Barangkali inilah cetusan kecil dari bala bencana yang sedang menimpa Umno dewasa ini ekoran dari doa Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang diperkenankan Allah SWT.
Penumpang warga asing buat kecoh di KLIA, meninggal dunia
34 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment