Beberapa bulan kebelakangan ini, ahli-ahli dan aktivis2 PAS Selangor telah dilemparkan serta diselimuti satu lagi fitnah tajaan “Fraksi UMNO” di Selangor.
Fitnah itu adalah berkaitan kajian kerajaan Negeri Selangor untuk mewujudkan “International Tourism Zone” di Mutiara Damansara dan Puchong.
Malahan, ada kenyataan dari Roslan SMS berkaitan dengan isu ini yang keluar dalam Sinar Harian beberapa minggu yang lepas.
Fitnah yang dilemparkan saya cuba pendekkan seperti di bawah:
a. Projek ini membenarkan premis-premis perniagaan beroperasi sehingga jam 4 pagi
b. Oleh kerana itu, ia akan membiakkan penagihan arak yang berleluasa
c. Projek ini akan membenarkan aktiviti hiburan berpanjangan sehingga jam 4 pagi. Ini akan membiakkan maksiat dan masalaah moral yang serius.
Jawapan kepada fitnah-fitnah tersebut adalah seperti berikut:
a. Berkaitan dengan arak, ia tertakluk kepada undang-undang kecil Kerajaan Tempatan. Dalam kes Mutiara Damansara, ia di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya yang mana Roslan SMS adalah ahli majlis.
b. Makanya, cadangan ITZ ini tiada kena mengena dengan penyalahgunaan arak atau penyebaran budaya arak di kalangan rakyat Selangor
c. ITZ adalah projek berkaitan menjadikan kawasan Mutiara Damansara mengikut tahap piawaan antarabangsa yang melayakkan kawasan itu digelar sebagai International Tourism Zone.
d. Malahan bukan di Mutiara Damansara sahaja yang berbuat demikian, sila rujuk di sini untuk contoh yang lain: http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=18620. Ini adalah satu projek di Sabah yang mana kerajaan Pusat dan Sabah mahu mewujudkan lagi satu ITZ di sana. Apa masaalahnya?
e. Pelancong-pelancong dari negera Teluk amat suka beraktiviti di waktu malam membawa ke pagi. Ini kerana itu adalah perangai orang-orang Arab baik di Teluk mahupun di Mesir mahupun di Syams. Mereka ini jenis manusia yang suka berjaga malam.
f. Membiarkan premis2 perniagaan dibuka sehingga jam 4 pagi akan dapat menarik lebih ramai pelancong dari negara Teluk untuk berbelanja di Selangor. Dan mereka-mereka ini majoritinya adalah orang Islam.
g. Sesiapa yang pernah duduk di Arab Saudi dan Mesir boleh mengesahkan perangai orang-orang Arab ini. Cadangan membuka presmis perniagaan sampai jam 4 pagi adalah untuk menarik pelancong-pelancong dari Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang kaya raya itu.
h. Isu premis dibuka sampai pagi ni tak pernah difatwakan haram oleh Mufti Arab Saudi mahupun dari Al Azhar. Kedai-kedai kopi (disebut Ahwa di Mesir) dibuka 24 jam tanpa henti . Tiada satu pun fatwa dari Azhar yang mengharamkannya. Di Mekah pun restoran dibuka sampai subuh dan membawa ke pagi. Restoran-restoran di Saudi hanya ditutup pada waktu siang di bulan Ramadhan dan mereka buka 1 jam sebelum waktu berbuka. Maksudnya, tiada hukum dalam Islam mengharamkan pembukaan premis perniagaan sehingga jam 4 pagi.
i. Sekarang ni pun, ada “Uptown D’Kota” yang terletak di bawah MBPJ yang dibuka sampai ke pagi. Mengapa tiada yang komplen? Bagaimana pula dengan Uptown di PJ dan banyak lagi gerai-gerai makanan di bawah seliaan Kerajaan2 Tempatan yang dibuka sampai ke pagi? Adakah gerai2 makanan ini juga satu bentuk usaha merosakkan moral dan akhlak rakyat negeri Selangor juga?
Sedih saya mengapa isu ini di sebarkan kepada ahli-ahli PAS dan digunakan sebagai alat untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat di mata ahli-ahli serta aktivis-aktivis PAS di Selangor. Padahal, kalau ada cacat dan tidak cantik, boleh dicantikkan cadangan ini.
Hukum mengenainya juga tidak jelas haram. Kalau jelas haram cerita lainlah.
Seterusnya di sini
Lelaki warga asing lari dari Mahkamah sedang diburu
4 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment