BlogList Malaysia

01 December 2009

Hampir 1000 orang berarak desak Tok Guru Nik Aziz berundur!



Tu dakwa 'lidah rasmi' Umno, Utusan Malaysia...

Desakan Nik Aziz berundur
01/12/2009 12:55pm

KOTA BHARU 1 Dis. – Kira-kira 1,000 orang yang menggelarkan diri mereka Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan berkumpul seawal pukul 9 pagi ini di pekarangan pejabat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim, di sini untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada pemimpin itu.

Memorandum diserahkan oleh wakil mereka, Che Johan Che Pa kepada Setiausaha Sulit kepada Nik Abdul Aziz, Anual Bakri adalah untuk meminta pemimpin berkenaan meletak jawatan dan menarik semula kenyataan doa menurunkan bala yang dibuatnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perhimpunan tersebut berakhir pada kira-kira pukul 11.30 pagi selepas dikawal oleh anggota polis yang diketuai oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd. Rahim Hanafi. - Utusan

Sementara MSO yang bersiaran lintas lansung dari Kota Bharu menyatakan..

Tak Sampai 200 Orang Berhimpun Desak Nik Aziz Letak Jawatan

HASRAT satu kumpulan manusia untuk berarak dan berhimpun di depan pejabat Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaiam, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu pagi ini tidak kesampaian apabila tidak sampai 200 orang yang menyahut dan berhimpun di pinggir jalan berkenaan.

Seorang penjenguk blog Merah Tinta yang memantau keadaan sejak pagi tadi, memberi tahu apa yang kelihatan dua buah teksi roda tiga yang dipercayai diupah berada di hadapan pintu masuk ke Kota Darunaim sejak jam 7:30 pagi.

Tidak kedapatan sepanduk atau pun kain rentang yang digantung dan dibawa oleh mana-mana puak.

Baru sekejap tadi seorang pemimpin Umno peringgkat kawasan yang dipercayai menjadi 'pak sanggup' kepada ahli politik tertentu di Kuala Lumpur telah menyerahkan memorandum kepada Nik Aziz yang diterima oleh Setiasuaha Politik, di pintu masuk masuk perkarangan Kota Darulnaim.

Sebaik memorandum yang dipercayai mendesak Tok Guru Nik Aziz meletak jawatan disampaikan kumpulan manusia itu bertempik melaungkan desakan supaya Nik Aziz melepas jawatan.

Menurut penjenguk itu lagi, beberapa orang anggota polis yang turut memantau keadaan itu telah meminta kumpulan penunjuk perasaan itu bersurai. Tanpa banyak kerenah dan tercetus kejadian tidak diingini kumpulan berkenaan bersurai meninggal perkarangan Kota Darulnaim.

Sementara Malaysiakini melaporkan...

Lebih 100 penyokong Umno mengadakan bantahan terhadap Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung hasratnya untuk berdoa memburukkan perdana menteri dan...

Beratus-ratus penyokong Umno mengadakan bantahan terhadap Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung hasratnya untuk berdoa memburukkan perdana menteri dan parti itu.

Mereka berkumpul kira-kira sejam bermula 10 pagi tadi di depan kompleks pentadbiran kerajaan Kota Darul Naim, yang menempatkan pejabat menteri besar, untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha pemimpin PAS itu Annual Bakri Haron.

Memorandum itu mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan juga menggesa mursyidul am PAS meletakkan jawatannya.

Dikepalai timbalan ketua bahagian Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa, kumpulan penunjuk perasaan itu melaungkan desakan agar Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan menteri besar, selain kain rentang yang membuat tuntutan yang sama.



Sumber - Pria Malaya

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas