Lagi lagi kita dihidangkan dengan segerombolan orang yang mengakui merekalah bakal kerajaan baru Malaysia dalam penantian.
Nik Aziz dalam laporan mStar disini menafikan wujudnya bai'ah atau sumpah taat setia membuta tuli terhadap PAS. Polimik baru dalam kepimpinan PAS sekarang memuncak setelah ianya terburai dimajlis Dr Hassan Ali PJ Selangor dengan beberapa blogger termasuk jemputan khas blogger dari Umno.
Isu bai'ah atau taat setia pada parti atau menjatuhkan talak tiga sekiranya melompat parti didalam PAS adalah karut dan tidak wujud. Isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum.
Nik Aziz nafi, Sallahudin juga kata tak dak, tetiba YB Zulkifli pulak buat ulasan selari yang tentunya amat dinanti akhbar mainstream untuk dipergunakan sepenuhnya demi kepentingan tuan-tuan mereka.
Nah terbentang disini, dengan tajuk besar, jika benar berlaku menjadikan wanita bahan dagangan, pajakan dan gadaian - Zulkifli Noordin.
Dimulakan dengan ayat, 'sahabat-sahabat wakil rakyat dan kepimpinan parti tersebut mengesahkan bahawa mereka sendiri telah pun mengangkat baiah tersebut', Zulkifli yang juga AP (PKR) bagi Kulim-Bandar Baru telah luahkan rasa amat terkejutnya dengan panjang lebar penuh dengan fakta berbentuk sejarah, realiti, siap dengan dalil dalil terkuatnya.
Apa yang syoknya, pertelingkahan terbaru ini yang pastinya bakal mewarnai pentas politik Malaysia dalam masa 2-3 hari ni dibelasah semahu mahunya oleh YB Zul. Seolah olah bai'ah karut ini benar benar berlaku dan direstui sepenuhnya oleh pimpinan atasan PAS. Setidak tidaknya, hang tunggu tengok la dulu, apa kata Nik Aziz, apa cerita Sallehuddin dan tengok apa pulak kata Mahfuz sebelum hang nak balun depa pun.
shalehudin.blogspot.com
10 November 2009
Zul Kulim, HangTok Sahlah Nak Jadi Hero..
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
zul kulim
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment