BlogList Malaysia

10 November 2009

Baiah - Lihat Penjelasan Siapa Yang Paling Bodoh

Tengok cara jawapan kedua pemimpin ini dah tahu siapa bijak dan siapa tidak bijak...

ulasan TGNA mengenai isu ini adalah begini:
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan wujudnya apa yang dinamakan sumpah bai'ah yang membawa kepada perceraian isteri sehingga menjadi polemik baru dalam kepimpinan PAS sekarang. Menteri besar Kelantan berkata isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum. "Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS. "Di Kelantan, isu bai'ah ini tak timbul langsung," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.(malaysiakini).

tengok cara tuan presiden jawab pula:

Di KUALA LUMPUR, Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak akan mengambil sebarang tindakan atau memberikan penjelasan lanjut mengenai isu bai'ah kerana menganggap isu itu telah selesai. "Tak payah (siasatan), tidak ada (bai'ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis," jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen.(malaysiakini)

haha,inilah dia jawapan pak lah versi PAS,ya tidak ada salahnya jawapan begini,tetapi ia akan menpengaruhi keyakinan orang lain terhadap kita,kalau nak jawab begini,tak yah jadi presiden la...lain kali jawab saja "no komen","tak tahu"....hahaha

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas