Baru-baru ini, NTV7 ada membuat undian tentang tokoh yang paling layak untuk menjadi Pengerusi Pakatan Rakyat. Malangnya, saya tidak sempat untuk merakam skrin yang memaparkan hasil undian yang memihak kepada Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Walau bagaimanapun, blog Islam Return ada menyiarkan kiriman tentang hasil undian tersebut. Menurut blog tersebut: "Empat senarai nama dikemukakan kepada orang ramai untuk memilih. Empat calon tersebut ialah TG Dato Nik Abdul Aziz, DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan TG DS Abdul Hadi Awang. Kebetulan pada waktu yang sama saya hendak bergegas ke masjid bagi menunaikan solat isya'. Saya berpesan kepada isteri, untuk melihat keputusan poll tersebut....
Berdasarkan undian tersebut, jelas menunjukkan bahawa keputusan undian memihak kepada TG Nik Abdul Aziz dengan 52% undian, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan kedua dengan jumlah peratusan undian sebanyak 30%. Manakala TG Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang masing-masing berkongsi peratusan undi sebanyak 9%.
Jadi jelaslah sebilangan rakyat Malaysia yang telah membuat undian tersebut, majoritinya telah memberikan keyakinan terhadap TG Nik Aziz untuk memimpin Pakatan Rakyat. Namun, biasalah setiap perkara mesti ada yang menyokong dan menentangnya. Oleh itu, untuk menceritakan kewajaran memilih TG Nik Aziz sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat, maka alangkah moleknya kita mendengar alasan/kewajaran tersebut daripada pihak yang bertanggungjawab mencalonkan TG Nik Aziz untuk memegang jawatan itu.
Justeru, saya salin dan tampal bahagian yang relevan dengan kiriman kali ini. Datuk Zaid Ibrahim dalam kiriman blognya hari ini menyatakan bahawa:
Alasan yang diberikan oleh Datuk Zaid di atas adalah sebahagian daripada mungkin puluhan alasan lain yang mewajarkan TG Nik Aziz memegang jawatan tersebut. Saya secara peribadi sangat-sangat menyokong perlantikan beliau untuk meneraju Pakatan Rakyat kerana karismanya, perwatakannya, keperibadiannya, kejujurannya, dan kesungguhannya untuk merealisasikan impian untuk melihat kejayaan Pakatan Rakyat. Tohmahlah dengan pelbagai macam tohmahan, Insya-Allah tohmahan itu hanya layak digelar tohmahan semata-mata. Saya percaya TG tidak berkeperibadiaan begitu, kecuali perilaku ORANG-ORANG yang dikelilinginya yang mungkin mencemarkan nama insan yang saya kagumi ini.
duniacacamarba
0 Komen :
Post a Comment