BlogList Malaysia

13 November 2009

TG Nik Aziz Dikhianati..

Tok Guru Nik Aziz Batal Hasrat Ke Mekah


P1010795
Gambar TGNA selepas menyampaikan Kuliah pagi tadi

Dalam kuliah jumaat di Dataran Ilmu sekejap tadi TGNA telah membatalkan hasratnya untuk menunaikan Haji ke Mekah pada 18 Nov nanti. TGNA tidak nyatakan secara jelas sebab-sebab pembatalannya itu, cuma TGNA ada menyatakan bahawa beliau dan menantunya telah difitnah dan dikhianat.

Kepada tangan-tangan jahat yang berusaha dengan pelbagai cara dan pelbagai isu untuk mencemarkan dan menjatuhkan kepimpinan TGNA di Kelantan, diharap telah berpuas hati dengan pengumuman terbaru TGNA ini.Hasil usaha anda ada sedikit menampakkan hasilnya.Teruskanlah lagi usaha-usaha anda.Masanya sudah hampir tiba… kebenaran pasti akan teserlah jua.

Buat Exco-exco dan YB-YB yang lain, sekirannya ada lagi yang behasrat untuk mengambil pembantu-pembantu atau pegawai – pegawai peribadi, berhati-hatilah.Teliti baik-baik dan perhalusilah dengan sedalam-dalamnya… janganlah terambil spesis yang akan merosakkan kita , Jemaah kita , parti kita dan negeri kita suatu hari nanti.. ambillah pengajaran dan iktibar dari peristiwa yang berlaku sehari dua ini sebagai kayu pengukur untuk kita semua.Tidak pernah lagi sepanjang ingatan saya TGNA membatalkan hasratnya untuk menunaikan ibadat haji ke Mekah setelah urusan pemergiannya disempurnakan awal-awal lagi.

terima kasih atas pihak2 yang menggagalkan usaha tok guru untuk buat amal ibadat..sampai macam ni sekali tok guru dihina dan dikhianat!

pinkturtle2

1 Komen :

hj jamaludin ,  November 13, 2009 at 2:48 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Sampai hati kau orang buat TG Nik Aziz menangis .Apa salah kalau ada orang atau syarikat berniat/bernazar untuk TG Nik Aziz mengerjakan Haji .Manusia dah lupa perihal keberkatan untuk rezeki yang halal dalam perniagaan .Tak kan rezeki yang diperolehi oelh perseorangan atau syarikat tak boleh di sedekahkan . Tak kan rezeki (duit keutungan ) nak di sedekahkan kat Khir Toyo untuk pergi "LAWATAN" . Bodoh betul puak2 celaka ni. Mati tak nak buat susahkan orang yang nak buat amal kebaikkan.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas