Kalau benar seperti kata dan kenyataan Zulkifli Nordin dalam blognya , iaitu Anwar mula untuk menyerang Najib , bermula dari sekarang hingga PRU 13 nanti ,rasanya tindakan ini bukan lah 100% tepat. Jangan pedulikan berita ini SATU , DUA , TIGA & EMPAT , cuma perlu lebih berhati – hati menilai motif sebenarnya , takut2 ia jadi umpan yang lazat , supaya PR jadi lebih gelojoh dan lahap , tanpa menyedari adanya mata kail di dalamnya.
Sudah habis fikir kah team ‘think tank’ Anwar ? Sudah jadi beku kah otak semua penasihat Anwar kini ? Sudah habis idea kah ?
Apa yang dikuatiri dan takut2 , dalam keadaan semua orang seronok membelasah Najib dan team UMNO/BN , ianya menjadi senjata makan tuan , yang boleh mencederakan Pakatan Rakyat dan akhirnya menjejaskan peluang untuk menawan Putrajaya , yang masih jauh lagi perjalanannya.
Apa yang perlu difokuskan ialah , 75 % dari masa , aktiviti dan program serta tindakan selepas ini harus perlu menonjolkan kebaikan pemimpin PR , kebaikan PR , program – program PR , dan seumpamanya
Jadi mungkin hanya sebanyak 25 % dari masa , aktiviti , program dan tindakan perlu ditonjolkan keburukan Najib , UMNO/BN Perlu ditumpukan apakah tawaran PR kepada rakyat , bermula dari sekarang.
Bentangkan ‘blue print’ , perancangan , cadangan dan projek – projek untuk rakyat nilai dan berikan perakuan.
Tidak perlulah takut , kalau2 ianya diceduk oleh Najib dan team UMNO/BN nya.
Akhirnya rakyat juga yang menilai dan keputusan muktamad terletak di tangan pengundi.
Perlu ada dan harus bermula dari sekarang sehingga 24 bulan akan datang atau sehingga datangnya PRU 13 nanti , penonjolan secara ketara , konsisten , dan berkala nilai – nilai positif dan keperibadian serta akhlak mulia dan terpuji , kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan khususnya kepada kumpulan – kumpulan sasaran , iaitu golongan anak muda , orang – orang bukan Melayu , Cina dan India dan lain – lainnya , serta kumpulan pengundi atas pagar.
Tokoh – tokoh utama , pemimpin – pemimpin utama di peringkat negara , negeri , dan daerah perlu dihebah – hebahkan secara berterusan , mindanya , pemikirannya , akhlaknya , wawasannya dan ketokohannya.
Harus perlu diingat , masih ramai lagi dikalangan pengundi – pengundi dari kumpulan sasaran tadi yang belum lagi mengenali secara dekat tokoh – tokoh , seperti TGNA , TGHH , DSAI , LKS , LGE dan lain – lainnya
Sekiranya perlu dibuat satu siri dokumentari , Siri penulisan , dalam bentuk video dan sebagainya , maka tempoh 24 bulan ini dikira masih belum terlambat untuk dimulakan dari hari ini.
Adakah pimpinan di peringkat pengurusan 3 komponen utama PR ini masih tidur ? Ayuh , cepat dan lekas lah bangkit , bangun lah dari tidur. Jadi , sekiranya ada dikalangan peminat blog ini , yang ada hubungan langsung dengan pimpinan di atas sana ,elok panjangkan.
Katakan , walaupun pahit , strategi menyerang ada baiknya , tetapi dalam keadaan semua orang susah kini , ekonomi tenat , pemikiran kebanyakan orang sudah tidak berapa waras , dan ketika ini kita hidangkan cerita – cerita keburukan orang , iaitu Najib dan team UMNO/BN nya , sangat dikhuatiri sekali , ianya menjadikan orang tambah marah dan benci kepada PR. Kan susah nanti.
Rakyat terbanyak rasanya lebih menginginkan supaya PR menghebahkan kebaikan – kebaikan tokoh – tokohnya dan juga apakah tawaran – tawaran untuk rakyat untuk 24 bulan akan datang dan seterusnya .
14 November 2009
Strategi Anwar Jejaskan Peluang Pakatan Rakyat , Langkah Sudah Silap ….
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment