BlogList Malaysia

01 November 2009

Sayu Dan Pilu Jika Benar TG Nik Aziz Di Boikot

BENARKAH TG HJ NIK AZIZ DIBOIKOT SECARA SENYAP?

Sangat sayu dan pilu apabila membaca apa yang diucapkan oleh TG Hj Nik Aziz dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Perak.

"Saya bersyukur kepada Allah swt kerana parti PAS kini diterima oleh golongan bukan Islam. PAS Negeri tidak lagi menjemput saya dalam program parti tetapi Ngeh Koo Ham...pemimpin DAP yang jemput saya untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat di Perak".

Hiba sangat apabila TG Hj Nik Aziz menyebutkan beliau tidak lagi dijemput oleh PAS Negeri untuk program parti.

Jika benar, kenapa semua ini berlaku? Kerana bantahan keras dan berterusan beliau terhadap idea UG atau secara kebetulan? Ada arahan daripada pihak atasan atau PAS Negeri juga kurang senang dengan TG Hj Nik Aziz?

Semua pihak perlu muhasabah dalam hal sebegini. Ini bukanlah masa untuk boikot memboikot tetapi ini adalah masa untuk merapatkan saf perjuangan.

Ust Tantawi telah menulis tentang merapatkan saf perjuangan ini. Boleh jadi, beliau perlu melakukan sesuatu bagi membuktikan beliau bukan sekadar bagus di atas kertas tetapi juga bagus di medan.

Pemburu Syahid

1 Komen :

Berg November 1, 2009 at 8:52 AM  

Sinis je tu tuan... PAS Perak kerap jemput TGNA dalam apa2 prog... I'syaAllah ayat TG nak memberitahu bahawa DAPpun sudah panggil TG ke prog.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas