Untung besar! Orang Umno dalam PAS
Malaysiakini semalam melaporkan berita bertajuk "Blog siar rakaman bai'ah talak tiga" (lihat posting Abdul Rahman Abdul Talib bertajuk "Rakaman dialog bloggers dengan Ustaz Nasa/DatoHasan (Baiaah Taalik)". Lihat juga postingnya yang bertajuk "Perkara yang saya dedah bukan rahsia lagi, ianya sudah berada dalam tangan Umno").
Tadi, saya menziarahi Haji Mohamad Sabu yang baru pulang dari luar negara. Beliau mempunyai pandangan lain mengenai perkara itu (Lihat berita Harakahdaily 13/11/09 "Tiada lafaz 'cerai talak tiga' dalam bai'ah PAS").
"Orang Umno kekal dalam PAS pasai bai'ah tu. Dia nak lompat tak boleh, tapi jiwa dia dah Umno. Lagi untung Umno. Tak payah susah-susah (aturkan babak lompat). Orang dia dah ada dalam PAS. Lagi bagus, lagi untung Umno," katanya.
Bila kami tanya tentang ribut-ribut baru-baru ini sehingga terpaksa buat mesyuarat khas dan seminar, dia kata, "Aku tak campoq. Aku benci".
Beliau juga mengakui persepsi masyarakat terhadap PAS jatuh merudum. "Boleh jadi tak dak sapa dah dalam PAS yang jumpak sulit-sulit dengan Umno. Tapi persepsi orang (terhadap PAS) dah rosak," katanya.
"Dah rosak, bukan senang nak perbetui".
Ketika kawan-kawan lain pakat-pakat balik dan saya bersembang dengan dia sahaja, saya tanya perlukah buat perubahan dalam kepimpinan PAS?
Mat Sabu terus menegaskan: "Dua tu kena kekal (maksudnya Tok Guru Mursyidul Am dan Tok Guru Presiden)".
Saya diam sahaja sebab saya tengah berminat dengan cadangan supaya Presiden dan Timbalan Presiden PAS pegang jawatan paling maksimum tiga penggal sahaja dan setiap penggal dipanjangkan kepada tiga tahun dan bukan dua tahun seperti sekarang. Kepimpinan parti pula dipilih di peringkat cawangan-cawangan dan bukan lagi di dalam Muktamar PAS di peringkat pusat.
baca seterusnya di sini
0 Komen :
Post a Comment