Keputusan seminar menunjukkan tiada apa2 perubahan yang akan berlaku kepada PAS. Malahan, apa yang berlaku adalah serupa dengan apa yang telah berlaku kepada PAS Terengganu sebelum 2004 dan 2008. Yakni, setelah diberikan hasil2 kajian dan cara2 mengatasi kelemahan, PAS Terengganu menolak kajian2 ini sepenuhnya mengakibatkan PAS gagal menawan semula Terengganu 2004 dan 2008.
Dilaporkan oleh Malaysiakini:
“Ditanya tentang kajian pensyarah Universiti Malaya Dr Abu Hassan Hasbullah yang menyimpulkan bahawa 50 peratus masalah parti itu berpunca daripada kepemimpinan, Abdul Hadi berkata:
"Dia punya kajian tidak terperinci. Kita ambil maklum dan kita akan tingkatlan lagi (kemampuan parti). Itu saja," http://www.malaysiakini.com/news/116917
Benar benar seperti yang pernah berlaku di Terengganu sebelum 2004 dan 2008. Terutamanya sebelum 2008 di mana beberapa kajian bebas menunjukkan betapa PAS Terengganu memerlukan perubahan kepimpinan untuk PAS menawan semula Terengganu.
Namun apa yang telah berlaku, kajian2 tersebut ditolak mentah2 dan ada sebuah “kajian” baru yang kononnya menunjukkan kepimpinan Terengganu yang ada pada masa itu masih releven. Bila PRU 2008, terbukti kajian bebas yang ditolak kepimpinan PAS Terengganu adalah benar walaupun pada masa PRU2008, UMNO berpecah teruk.
Saya sendiri difitnah dan dimehnah oleh puak2 PAS Terengganu ni semata-mata kerana saya menyampaikan maklumat tepat berkenaan dgn hasil kajian yang dibuat sebelum 2008. Saya dipanggil cuba menjatuhkan kepimpinan PAS Terengganu dengan membawa kajian2 yang mengarah ke situ. Tapi, keputusan 2008 membuktikan hasil kajian yang saya bawa itu benar. Namun, fitnah ini terus dibawa oleh puak2 Terengganu ni. MEreka ni bangga dengan tarbiyyah mereka, tapi tarbiyyah mereka mengizinkan mereka terus menerus menyebar fitnah.
Sekarang di Pusat kita lihat perkara yang sama berlaku. Kajian2 bebas dan berototiri ditolak mentah-mentah oleh kepimpinan PAS Pusat. Ertinya kepimpinan PAS sekarang ini tidak mementingkan kepentingan PAS dan Islam. Yang penting bagi mereka adalah jawatan dan pengaruh mereka ke atas parti dikekalkan. Sama seperti yang berlaku sebelum PRU2008 di Terengganu.
Ertinya, pengaruh geng Terengganu mahukan kekalahan PAS Terengganu itu dieskpot ke seluruh negara. Ertinya, tak cukup PAS Terengganu kalah, mereka mahu lihat PAS seluruh Malaysia kalah juga.
Parti tidak penting. Yang penting jawatan mereka terjamin dan pengaruh mereka atas parti terpelihara. Itulah dia agenda “GEng Terengganu”.
Yang sedihnya, ada seorang kepimpinan Terengganu, sanggup menyuruh Tok Guru Nik Aziz berhenti dari Mursyidul Am dan PJ Kelantan. Sapa dia berbanding Tok Guru. Orang2 PAS di kawasan dia pun tak boleh terima dia, jauh lagi rakyat Terengganu keseluruhannya. Orang macam ini boleh meminta Tok Guru Nik Aziz letak jawatan? Sedarlah diri kamu tu dulu. Kamu tu takda apa2 dalam parti. Jawatan pun dilantik. Tok Guru ni MB 19 tahun.
Bersiap-Sedialah PAS untuk Menempuh 2004 Sekali Lagi
Peserta seminar tidak mementingkan parti. MEreka tampak lebih mementingkan menjaga kepimpinan mereka dari parti sendiri.
Dan janganlah mana2 ahli PAS mengharapkan bantuan serta pertolongan Allah SWT kerana mana mungkin Allah SWT membantu PAS dalam keadaan PAS jelas menolak petanda2 serta petunjuk2 yang Allah SWT telah beri sekarang.
Alasan memperkuatkan parti juga adalah alasan-alasan bodoh yang digunakan bagi menjaga kedudukan masing-masing.
Sedangkan apakah yang mahu diperkuatkan kalau sebab utama kelemahan parti tidak mahu diperbetulkan? BAgaimana Allah SWT hendak memberi pertolongan.
Umpama rumah kita basah sebab atap bocor. Bila ada orang sudah bagitau pada kita atap rumah kita bocor, kita tolak dan marah orang itu. Kita kata macam2 pada orang tu. Lepas tu kita harap AllahS WT berikan kita rumah yang kering. Adakah Allah SWT akan berikan kita rumah yang kering?
Itulah yang sedang berlaku dalam PAS. Segala petunjuk yang Allah SWT telah berikan pada PAS sebelum PRU depan, semuanya sedang ditolak oleh kepimpinan PAS mentah2. Perangai Terengganu mereka tidak habis2 bererti kekalahan Terengganu akan menjadi trend dalam PAS.
Kalau ahli2 PAS masih sayang pada PAS dan mahukan PAS kekal memerintah dan menang selepas ini, wajiblah PAS mengadakan EGM dan membersihkan kepimpinan yang ada dari anasir2 yang akan menyebabkan kekalahan.
Ambilah petunjuk2 dari Allah SWT yang sedang diberikan oleh Allah SWT sekarang ini
Wallahulam
Tulang Besi
Polis: Dua remaja hilang di Puchong malam tadi
8 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment