BlogList Malaysia

10 November 2009

Hassan Ali Konfiden Tak Bersalah Sebab Tuan Ibrahim Dipihaknya

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang menjadi tumpuan siri kontroversi membabitkan Pakatan Rakyat negeri itu dan juga kritikan daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri, hari ini menegaskan beliau sama sekali tidak gentar untuk hadapi tindakan disiplin.

Sambil menjelaskan menerima surat tunjuk sebab adalah perkara "normal", Hasan menambah, langkah itu sebahagian daripada usaha untuk memperkasakan PAS.

Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Adat Istiadat Selangor menerima surat tunjuk sebab semalam.

"Bagi saya ia bukan merupakan satu isu besar kerana ia bukan soal tindakan jenayah atau penyalahgunaan kuasa," kata beliau ketika ditemui di bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini.

Tambah beliau: "Isunya adalah jelas dan saya tidak risau ataupun bimbang... ini adalah normal."

Sehubungan itu, Hasan menambah, beliau akan menyediakan penjelasan bertulis untuk menjawab surat tunjuk sebab ataupun secara lisan sekiranya dipanggal Jawatankuasa Disiplin kelak.

Bagaimanapun Hasan enggan mendedahkan kandungan surat tunjuk sebab yang diterimanya sambil menegaskan, ia "urusan dalaman" antara beliau dan partinya.

Hassan dinamakan oleh Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebagai salah seorang yang perlu 'dibersihkan' daripada parti kerana dikatakan prokerajaan perpaduan.

Nama beliau dinamakan dalam surat terbuka meminta diadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkan parti itu daripada pemimpin prokerajaan perpaduan.

Selain Hassan, Nik Aziz juga menamakan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Hasan boleh digugurkan daripada jawatan yang disandangnya jika gagal membela diri dalam tempoh ditetapkan.

Pesuruhjaya PAS itu perlu menjawab tuduhan dengan mengemukakan bukti dalam masa 14 hari daripada tarikh surat tunjuk sebab diterima.

Di peringkat Selangor, Hasan juga menjadi tumpuan beberapa isu kontroversiti termasuk soal Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas