SELCATkan Pengarah JAIS. Itu Kehendak Rakyat Selangor
Jelas dari penerangan Khalid Samad JAIS dan Polis Raja Di Malaysia, sekarang ini bekerja sama menekan segala usaha dakwah yang akan dilakukan oleh para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. Tindakan kepada Dr Maza adalah contoh terbaik bagaimana JAIS ini MASIH BERGERAK DALAM KERANGKA UMNO/BN.
Bayangkan bagaimana Khalid Samad cuba dihalang memberi Khutbah dalam masjid yang berada di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan dimana Khalid Samad adalah wakil rakyat dalam negeri Selangor ini. Polis pula dengan begitu efisyen menghalang Khalid Samad dari memberi khutbah atas alasan2 yang tidak munasabah.
Kenapa JAIS Boleh Bermaharajalela?
Segala peruntukan MAIS dan JAIS datang dari rakyat Selangor. Peruntukan bukan sedikit. Maklumat yang saya dapat lebih 200 juta setahun. Semuanya harus melalui Pejabat Exco Agama Negeri Selangor. Namun, kenapa JAIS masih dapat mengekalkan identity UMNO mereka dan bergerak menjalankan aktiviti mengikut telunjuk UMNO?
Wang yang datang dari kerajaan Negeri sudah tentu cukup untuk memberi suara yang cukup garang dan keras bagi menentukan perjalanan JAIS mengikut kehendak Islam dan syariat Islam. Tapi mengapa perkara ini tidak berlaku?
Hasan Ali Banyak Bagi Muka Pada JAIS dan MAIS
Inilah maklumat yang saya dapat. Terpulang pada tuan2 untuk mem”verifikasi” maklumat ini. Bagaimana exco Agama lebih suka memperjuangkan kehendak “Kayangan” dari kehendak Parti dan kehendak rakyat, jauh sekali kehendak agama Islam.
Setiap kali isu agama timbul, semuanya “Ini kehendak Kayangan”, “itu kehendak Kayangan”. Tiada langsung usaha memperjuangkan kehendak “parti” atau “kehendak rakyat”. Tengoklah sehingga hari ini, Tok Guru Nik Aziz belum lagi memberi Khutbah di Masjid Negeri Selangor. Tuan Guru Haji Abdul Hadi juga tidak pernah dijemput.
Malahan apa yang berlaku, Dr Maza dan para ulama2 lain yang tersohor pula yang akan diambil tindakan. Ditangkap kemudian tidak pula dinyatakan pertuduhan oleh JAIS.
Bagi saya, sehingga JAIS merubah diri mereka, JANGAN BAYAR GAJI KAKITANGAN JAIS. Biarlah apa orang nak kata. Kamu JAIS dah jadi BARUA UMNO. Bukan lagi bekerja untuk Allah dan Rasul. Kamu lebih rela jadi barua UMNO yang selama ini menjadi penyokong arak dan judi.
Lepas ni kalau ada kedai judi buka, pengarah JAIS dan MAIS boleh ramai2 pergi buat kenduri doa selamat dan doa tolak bala. Kamu tangkap pendakwah Islam yang tersohor seperti Dr Maza. Kamu memang perangai macam syaitan wahai JAIS.
PENGARAH JAIS WAJIB DI SELCAT KAN
Jelas, hasil dari penghambaan kepada “kayangan”, UMNO berjaya mengukuhkan penguasaan mereka ke atas JAIS dan MAIS. Ada ke patut, exco Agama hanya jadi Timbalan Pengerusi MAIS. Hampir keseluruhan AJK MAIS adalah dari UMNO. Dr Osman Sabran pun tak dapat duduk dalam Majlis MAIS. Ada ka patut? Kita memerintah, kita takda wakil dlm MAIS kecuali Timbalan Pengerusi. Exco kena duduk bawah pegawai kerajaan. Bukankah ini satu penghinaan? Seharusnya Exco mesti setaraf atau berada di atas Pengerusi MAIS kerana kewangan semuanya diurus oleh Exco.
Dan, Exco bertanggungjawab pada rakyat dan segala aktiviti exco dilaporkan dan dibahaskan di Dewan Undangan Rakyat. Siapa yang akan mempersoalkan tindakan Pengerusi MAIS atau perjalanan MAIS sedangkan Pengerusi MAIS tidak dipertanggungjawabkan pada Dewan yang mulia? Bagi saya, Pengarah JAIS, MAIS, Zakat semuanya WAJIB DI SELCAT kan.
Saya dapat maklumat dari pembaca saya bahawa Pengarah JAIS yang ada sekarang ini adalah bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Mike Tyson. Saya minta para pembaca memberikan bukti dan konfirmasi terhadap maklumat ini. Namun, saya berat untuk mempercayai khabar ini hasil dari apa yang telah dilalui oleh Khalid Samad dan Dr Maza.
SELCATkan atau PECAT SAHAJA PENGARAH JAIS
Itulah kehendak KESELURUHAN rakyat Selangor. Tapi, bagi mengelakkan fitnah, maka dicadangkan JK SELCAT untuk isu ini dilantik YB Saari Sungip. Biar kita lihat bagaimana Pengarah JAIS tergagap2 menjawab soalan dari SELCAT.
Tapi sapa nak percaya SELCAT lagi. Hasan Ali dengan jelas suruh SELCAT dirombak dan diganti dengan bekas hakim dsbnya. Sekarang ni nampaknya cadangan Hasan Ali menguntungkan UMNO.
Tu lah, sebuk ke hulu ke hilir. Jumpa blogger UMNO kata Islam dalam bahaya. DAP nak hancurkan Islam di Selangor. PKR nak jadikan Islam liberal sebagai madhzab rasmi di Selangor dsbnya.
Last2 jadi kes Dr Maza ditangkap. Ada ka patut guru agama yang sedang buat Amar Maaruf yang ditangkap? Ni bukan sikap menghancurkan Islam apabila orang mahu menyebarkan Islam ditangkap seperti penjenayah? Jawab Dato Hasan, jawab.
Berentilah berpura-pura. PKR dan DAP tiada agenda untuk menghancurkan Islam. Semua itu dakwaan KARUT dan BOHONG semata-mata. Yang mahu menghancurkan Islam ialah UMNO. UMNO yang penuh dengan amalan menyokong judi, arak, maksiat, qazaf, sihir (mona fendy), syirik dsbnya adalah PUNCA MAKSIAT di Malaysia. Mereka lah yang patut dilawan bagi memastikan Islam tidak hancur di Malaysia, bukan PKR dan bukan DAP.
Kau suruh lawan DAP dan PKR, lepas tu kau suruh buat kerajaan perpaduan dengan UMNO. POOORAH!!! Skrg dah terdedah betapa idea perpaduan dengan UMNO itu idea yang akan melingkupkan Islam
0 Komen :
Post a Comment