BlogList Malaysia

04 November 2009

Cerita Ahli Majlis di Kedah

salam~ Tadi, bila saya terbaca artikel dalam Kedahlanie yg memuatkan artikel drpd SETPOL MB Kedah, sdra Sanusi yg meminta sapa-sapa nak bagi feedback pasal prestasi Ahli Majlis kat Kedah, bolehlah berbuat demikian sebelum perlantikan Ahli Majlis baru bulan December ini, saya rasa macam terpanggil nak tulis sikit bab Ahli Majlis kat sini.

Nak habag betoi la, saya ni - kalau nak kata perghak pun boleh gak kot - sebelum PAS memerintah Kedah hari tu, memang saya tak berapa tau ahli Majlis tu apa. Cuma sekali tu ja kot, kalau tak salah saya, saya pernah tengok apa ka nama tu yg disebut org sebagai ahli Majlis. Sekali tu sekolah anak saya buat mesorat agong PIBG, saya ni salah seorang AJK, dlm tu ada kot dua org ja org PAS dan hat selebihnya majoriti UMNO. Bila masuk bab nak panggil siapa mai rasmi mesorat, depa kata nak jemput Ahli Majlis Bandaran. Bila undi, semua pakat angkat tangan, saya pun angkat jugaklah, dok ingatkan ahli Majlis tu macam Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan apa-apa ka, kot-kot lah boleh dpt sumbangan komputer untuk anak-anak kat sekolah tu sebijik dua.

Tengok-tengok, bila dia mai, waktu bagi ucapan perasmian tu dok kerja kona puji kerajaan BN dan dok kempen saja; bila bisik tanya kat Timbalan YDP (UMNO gak ni), dgn bangganya dia habag kata si mamat kat atas pentas yg saya undi suruh mai rasmi tu adalah salah seorang org kuat AJK UMNO Bahagian, hebat kata dia, kaya, duit banyak, banyak project, keta besaq, rumah besaq dll. La, org politik rupanya. Dah nama pun org politik, takat rasmi dan mai tumpang makan jamuan khas untuk VIP ja lah, sumbangan ke mana komputer ke mana, nama pun org politik, UMNO pulak tu!!

Takat tu ja lah kot pengalaman saya bertemu dgn apanama tu Ahli Majlis. Pun begitu, waktu tu masih samar-samar lagi dlm pengetahuan saya mcm mana perlantikan Ahli Majlis itu dibuat dan apa syarat2 nak jadi ahli Majlis, apa tugas dia dan sebagainya - sehinggalah PAS memerintah Kedah dan beberapa org Pak Haji dan kawan-kawan rapat yg saya kenali pakat kena lantik jadi Ahli Majlis.

Sejak tu, baru saya tau apa ke nama nya itu Ahli Majlis dan apa tugas-tugas depa.

Kalau nak tau, Ahli Majlis ini serupa jugak AJK PIBG, ada yg betul-betul ikhlas dan pulun buat kerja dan ada pulak yg takat mai meeting perabih bihun goreng, popia dan air teh saja; ada jugak yg mai meeting AJK PIBG dok kerja kritik dan marah-marah kat Gurubesar pasal cikgu-cikgu kelas anak dia saja, hat kelas anak-anak org lain dia tak peduli mcm dia sendiri yg lantik diri dia jadi AJK PIBG.

Cuma yg membezakan AJK PIBG dgn ahli Majlis satu saja; AJK PIBG tak ada elaun tak ada gaji, tapi ahli Majlis dapat elaun bulan-bulan, depa kata dekat-dekat RM2000 sebulan.

Kalau tak kerana ada elaun tu, untuk yg tak tau apa ke nama tu Ahli Majlis atau pun nama glamornya AM, maka jawatan Ahli Majlis itu lebih kurang mcm jawatan AJK PIBG saja, berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Mcm yg saya tulis tadi, ada AJK PIBG yg pulun sungguh buat kerja, kalau kita sebagai ibubapa feedback apa saja, tengah mlm ka siang ka, terus dia telepon guru besar minta tolong tengok or kalau perlu dia sendiri yg akan bawa masuk isu itu ke mesorat AJK, maka mcm tu jugak dgn AM ni.

Ada sorang AM PAS yg saya tak pasti dia kenal saya ke tidak, sekali tu ada geng Lebah mana entah dok mai buat sarang kat pokok depan rumah saya. Bila tengok sarang tu makin hari makin lebat, saya dah naik risau sebab anak-anak saya jenis tak reti dok diam, mau depa terbil sarang tu, habis satu taman tu jadi huru hara. Dok pikiaq pi pikiaq mai tak tau nak telepon sapa - nak telepon YB pun tak patut lah sangat, YB-YB kita pun la ni dah naik taraf mcm YB UMNO dah haih, takat musim kempen p.raya ja depa mau dekat - tiba2 saya teringat ahli Majlis ni, salah satu tugas ahli Majlis ini ialah bantu kita apabila kita berada dlm keadaan terdesak mcm tu: masalahnya saya tak kenal sapa dia ahli Majlis area taman saya dok ni.

Lalu saya pun sms sahabat saya org kuat PAS cawangan, dia sms balik bagi no tel AM tu.

Saya SMS pi kat AM tu, tak sampai 15 minit dia SMS balik, dia kata masalah saya tu sudah dipanjangkan kpd pihak2 yg berkenaan.

Mlm tu lebih kurang jam 3 pagi, ada org ketuk pintu rumah saya; bila saya turun pi bukak, dlm keadaan celik jaga celik jaga tu saya nampak ada 2 org pakai uniform bagi salam, saya ingatkan SB apa ka nak mai cekup saya masuk ISA, rupa-rupanya depa tu daripada unit pasukan pertahanan awam ka apa nama yg pakai baju warna oren tu. Depa mai minta tlg saya padam lampu kat porch tempat letak keta tu sbb depa nak bakaq sarang lebah malam tu jugak.

Esok harinya, alhamdulillah lebah tu dah tak ada.

Petangnya saya dpt SMS daripada ahli Majlis yg saya tak berapa kenai tu, dia tanya kalau dah okey, sila SMS balik sebab dia nak masukkan dalam file lapuran dia, nak tutup kes.

Waaa...kira okeylah Ahli Majlis mcm tu.

Nak habag pulak hat tak okey.

Raya baru ni kawan lama saya mai rumah; lama tak jumpa dia. Kecik-kecik dulu satu Darjah Satu dgn saya kat kampung. Sembang pi sembang mai, dia cuma SPM; selepas berhijrah ke sini dia dapat kerja kat satu Majlis Bandaran tu - kerja jadi tukang sapu sampah kat stesen bas, psr mlm dan sebagainya.

Lama selepas itu, rezeki barangkali, sekarang dia dah naik pangkat, kerja kat pejabat, bahagian terima aduan dan turun pi selesaikan aduan org ramai tu.

Waktu dia minum kopi kat rumah saya tu, bila sembang bab Ahli Majlis - ya lah dia kerja Majlis Bandaran sure tau punya bab Ahli Majlis ni. Nak tau dia habag apa?

"Hang tau dak, aku heranlah awat lah Ahli-Ahli Majlis ini sombong sangat?"

Awatnya?

"Kami ni pekerja bawahan Majlis Bandaran ni selalu kena marah dengan bos kami pasal Ahli Majlis tu. Kalau hat betoi tu tat pa lah. Ni aku nak habag kat hang, sekali tu kami kena marah sebab Ahli Majlis tu dok bising kat boss kami sebab kami tak pi clear pokok kat tepi rumah dia dulu. Kami pi rumah org lain dulu, kami ikut aduan lah, tak kira hang ahli majlis ka sapa; sapa dulu kita dulukanlah, hat belakang kita pi belakang. Tapi dia tu - dia kira kawasan rumah dia saja, rumah org lain dia tak peduli, selalu mcm tu, dok buat aduan pasal kawasan keliling rumah dia saja sedangkan kat daerah ni beribu-ribu buah rumah dok ada, tak akan nak tumpu kat kawasan rumah dia saja. Ahli Majlis apa macam tu?"

La mcm tu ka? sebijik macam sorang AJK PIBG kat sekolah anak saya hari tu. Tiap kali mesorat dok kerja kritik dan komplen kat Guru Besar pasal cikgu-cikgu yg ajaq kelas anak dia saja, kelas anak org lain dia tak peduli, mcm lah sekolah itu sekolah anak dia saja; mcm tu gak dengan AM tadi, macamlah rumah dia dan Lorong dia saja yg wujud kat kawasan Majlis Bandaran ini!

Saya kata kat sahabat saya tu:

"Macam tu kalu eloklah kalau MB lantik setiap lorong ada sorang Ahli Majlis, kalau mesorat, kita buat kat padang or mini stadium mana-mana. Lepas tu bila ada isu, ha pakat bangun mengadu ikut lorong masing-masing. Okey pa, elaun hat dekat RM2000 sebulan kalau bahagi sorang RM20 dah boleh lantik 100 orang ahli Majlis untuk setiap AM yang ada!!"

Sapa nak jadi ahli Majlis bolehlah bagi nama..ha ha ha...

So, kpd sdra Sanusi Mad Nor, SETPOL MB kita, paham-paham lah kot noh apa ke bendanya yg kita nak sampaikan ni. Harap-harap tak adalah AM PAS yang jadi mcm Ahli Majlis ehem ehem yg sahabat saya habag tadi tu.

Sekian moga ada manafaatnya.

moniermatdin@ yahoo.com
http://www.mindapolitikmoniermatdin .blogspot. com

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas