BN akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh susulan kegagalan wakil rakyatnya Datuk Abu Hassan Sarif hadir dua persidangan DUN berturut-turut.
"(Keputusan) ini proses mahkamah. Kita terima keputusan mahkamah dan kami akan bertindak mengikut keperluan.
"Jika boleh merayu, kita akan merayu. Kita mulakan dari situ," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau, yang juga pengerusi BN, diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengumumkan kekosongan tersebut dan seterusnya mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan satu pilihan raya kecil di kerusi itu.
Keputusan julung kali itu juga menyebabkan penyandangnya, seorang ADUN Umno, dihalang daripada menghadiri persidangan DUN yang bermula hari ini.
Dalam sidang media selepas merasmikan seminar Bio-Malaysia 2009 di Kuala Lumpur pagi ini, Najib bagaimanapun enggan menyentuh persediaan BN menghadapi kemungkinan pilihan raya kecil di situ.
"Apa sahaja yang mahkamah putuskan, kita kena ikut," katanya.
Mahkamah mengambil keputusan itu selepas membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail.
Semakan itu difailkan pada 1 Oktober lalu selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan di Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil rakyatnya yang sah.
Speaker memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa wakil rakya BN itu bukan lagi seorang ADUN berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan – pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini – seperti peruntukan perlembagaan negeri.
Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah agar satu pilihan raya kecil diadakan bagi memenuhi kekosongan tersebut.
Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika seseorang ADUN tidak menghadiri mesyuarat dewan tanpa kebenaran Speaker selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusi yang diwakilinya akan menjadi kosong.
Dalam pilihan raya umum lalu, Abu Hassan mengalahkan calon PAS Ismail Wan Teh dengan majoriti kecil 495 undi.
Kerusi tersebut mempunyai 19,771 pengundi dengan 91.1 peratus daripadanya golongan Melayu.
Permohonan untuk menangguhkan keputusan berkenaan akan didengar Jumaat ini.
17 November 2009
BN Rayu Kekosongan Kerusi Kota Siputeh
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
bn
,
prk kota siputeh
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Tajuk "BN RAYU KEKOSONGAN KERUSI KOTA SIPUTEH KAT MAHKAMAH 1 MALAYSIA."
Walaupun PM 1 Malaysia merayu kat Mahkamah 1 Malaysia tanpa perlu menangis macam TG Nik Aziz , insyakAllah mahkamah 1 Malaysia akan menerima dengan hati terbuka . Tak payah PM 1 Malaysia merayu pun Mahkamah 1 Malaysia akan menerima . Percaya/yakin lah akan di Laksanakan dengan pantas oleh pihak Mahkamah 1 Malaysia.
Post a Comment