Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada blogger Kickdefella, Syed Azidi kerana telah berjaya mengeluarkan Abdul Ariffahmi dari PMBK, jika tidak ia akan terus menjadi bahan cerita dan umpan fitnah oleh pihak lawan. Saya tidak juga mengatakan Ariffahmi tidak berkelayakan untuk jawatan itu. Malahan Kickdefella juga tidak berkelayakan untuk mempersoalkan kelayakan Ariffahmi. Siapa Kickdefella untuk mempersoalkan orang yang diamanahkan oleh TGNA? Tetapi kenapakah dia begitu kemaruk membedil bukan hanya Ariffahmi tetapi dia turut membedil Tuan Guru Nik Aziz melalui titipan dalam blognya.
Malahan Kickdefella juga turut merosakkan imej YB Husam Musa. Jenis apakah manusia bernama Syed Azidi ini?
Jerangkung Bernyawa.
Andainya pada 10hb Nov 2009 Syed Azidi Syed Abdul Aziz tidak menerima surat penamatan kontrak perkhidmatan sebagai pengurus perhubungan koporat dengan PMBK, saya percaya titipannya tidaklah seburuk yang dititipkan sejak tarikh itu hingga kini.
Menitipkan pandangan atau nasihat untuk membetulkan suatu kesilapan adalah amat dituntut. Tetapi apabila apa yang dititipkan berasaskan kepada perasan amarah dan dendam, maka pada ketika itu syaitan dan iblis yang mengerakkan jari jemari. Oleh yang demikian kepada saudara Syed Azidi, pohon saya saudara harus bermuhasabah.
Titipan kickdefella sejak perkhidmatannya ditamatkan semakin menampakkan wajah sebenar beliau yang penuh dengan dendam!! Sifat seperti ini biasa, terlalu biasa dalam tubuh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu!!
YB Husam tidak salah, mungkin tersilap. Kredibilitinya tercalar kerana dia tersilap pandang. Kekadang kita juga tersilap pandang, biawak disangka rusa!
Dari Syadad bin Aus r.a., dari Rasulullah saw., bahwa beliau berkata, ‘Orang yang pandai adalah yang menghisab (menghaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt. (Imam Turmudzi, ia berkata, ‘Hadits ini adalah hadits hasan’)
Sumber - kerajaan rakyat
3 Komen :
tah le x komen nak komen. cuba buat gini pulak...pru13 nanti calon pas kesemuannya mesti lulusan Al-Azhar @ 100% berpendidikan Ugama Islam. bermula dr peeringkat cawangan di setiap negeri. biasanya lah org ada "ugama" ni tahu hak halal payah nak buat hak haram....guano gamok??
Kickdefella cuma menyampaikannya. Kalau kick tak beritahu pun, orang dah maklum. Macam orang kena kencing manis. Dia yang ada penyakit. Tapi bila doktor beritahu, dia marahkan kat doktor pula.
hehe.. nik aziz 4 kali lobi mnantu die jadi ceo pmbk tu... 2 tahun plak tu brusha nk ariff tu jd ceo pmbk... dahla die yg lantik, lembage pngarah pun cm xde lidah n telor.. maybe die ingat name pmbk tu Perbadanan Mentri Besar Klantan, so die ingat sbagai MB, pmbk tu die yg punyelah.. haha, kronism n nepotism mnyelubungi pas.. sumber: bini areppahmi sndiri.. kpd anda, pliz brpijak d bumi yg nyata.. satu dunia dh tau k..
Post a Comment