Dakwaan Pas bahawa ahli Pergerakan Pemuda UMNO melakukan serangan ke markas mereka termasuk mencederakan ahlinya menggunakan pedang Samurai dan batang besi tidak berasas sama sekali.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, itu semua merupakan propaganda parti itu untuk meraih simpati ekoran kempen mereka tidak mendapat sambutan.
Katanya, ini kerana tidak ada laporan polis dibuat berhubung dakwaan itu sebaliknya mereka hanya menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anggota Pas di seluruh negara untuk memberitahu kononnya kejadian itu berlaku.
"Tetapi tidak ada laporan polis. Bila tidak ada laporan polis bermakna ia sengaja diada-adakan untuk menakutkan pengundi," katanya pada sidang akhbar di pusat operasi Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di sini hari ini.
Naib Presiden Pas, Salehuddin Ayub pada sidang akhbarnya mendakwa terdapat ahli Pergerakan Pemuda UMNO yang ala komando telah menyerang markas mereka termasuk menyerang menggunakan pedang Samurai dan batang besi.
Menurut Ahmad Zahid, Pas sanggup mereka-reka cerita seperti itu bagi menagih simpati pengundi.
"Pemuda UMNO tidak sejahat yang dituduh," katanya.
Yang ini pulak tidak berasas jugak ke??
Timbalan Menteri belasah kekasih anaknya
Gara-gara berkawan dengan anak perempuan timbalan menteri, seorang lelaki mendakwa telah diugut dan dibelasah teruk oleh timbalan menteri tersebut dengan konco-konconya hingga membuatkan dirinya menjadi cacat, tulang tengkoraknya patah, remuk dan kemek sementara mata sebelah kirinya kabur.
Ekoran daripada kecacatan yang dialami, lelaki tersebut Amir Bazli Abdullah (gambar), 37 yang berasal dari Kota Bharu Kelantan mendakwa tidak boleh lagi bekerja untuk menyara dua orang anaknya dan semua keperluannya kini ditanggung oleh ahli keluarganya.
Menurut Amir yang menduda sejak lapan tahun lalu dan punyai dua orang anak, kejadian itu berlaku pada 16 Januari 2006 di sebuah taman rekreasi di Country Height, Kajang dan seterusnya meleret hingga ke rumah timbalan menteri tersebut.
Menurut beliau pada tarikh tersebut lebih kurang pukul lO malam ketika beliau hendak membayar duit minyak di stesyen Petronas di Uniten Bangi, tiba-tiba seorang lelaki memanggil dan menariknya keluar dari keretanya.
Tanpa banyak bicara katanya, lelaki tersebut menariknya masuk ke kereta yang telah sedia menunggu dan berkata “Bos nak jumpa! Ikut saja arahan dia, jangan banyak cakap, kalau tidak boleh sakit.”
Kemudian katanya, beliau dibawa ke taman rekreasi Country Height Kajang dan di sini beliau melihat timbalan menteri tersebut datang dengan dua tiga buah kereta.
“Bila dia datang, saya tunduk sambi! menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi tiba-tiba tanpa bercakap beliau menumbuk muka saya dengan kuat hingga membuatkan batang hidung saya patah. Mata sebelah kiri saya bengkak dan darah banyak keluar dari hidung. Saya menutup muka dengan tangan,” cerita Amir lagi.
Baca seterusnya
09 October 2009
Zahid Hamidi Menuduh Pas Berbohong
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
umno
,
zahid hamidi
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment