Hakikatnya perjuangan UMNO dan mengundi untuk UMNO adalah satu perkara yang sangat mulia dan terpuji. Kalau tidak diundi pemimpin-pemimpin dan calon UMNO, siapa lagi yang kita boleh harap untuk menghabiskan wang rakyat dan menjahanamkan kekayaan negara.
Oleh sebab itu marilah sama-sama kita mengundi UMNO dan Barisan Nasional kerana kita harus memastikan pemimpin-pemimpin UMNO diberikan sepenuh-penuh peluang untuk menghabiskan wang rakyat untuk kepentingan pribadi dan family sendiri.
Kenapa la bodoh sangat orang-orang yang sokong Pakatan Rakyat ni. Tak sedarkah yang kita rakyat biasa ni hanya layak bertaraf kerbau.Pemimpin-pemimpin dan anak beranak mereka tu kucing.
Kerbau yang digunakan untuk membajak sawah. Apabila kerbau didapati makan padi, tuan kerbau akan bantai kerbau sampai luka-luka. Kerbau yang bergelumang dengan selut, dengan pacat di bawah terik matahari kerja membanting tulang menarik bajakk. Kucing cuma duduk dalam rumah. Terlindung dari matahar dan hujan.
PEnghabisan sekali, bila padi dituai, kucing atas rumah yang makan nasi dulu. Kerbau macam kita ni tak boleh komplen pun. Nanti kena sebat.
Saksikan sendiri jasa pemimpin UMNO menghabiskan wang rakyat dengan pergi ke Disneyland bersama keluarga mereka pakai wang rakyat RM1.6juta.
1.0 Inkuiri Awam Khir Toyo Belanja RM1.6 juta Untuk Ke Disneyland
TULANG BESI
0 Komen :
Post a Comment