BlogList Malaysia

18 October 2009

Umno Sudah Ada Keyakinan Diri?

UMNO kini benar-benar mahukan perubahan. Perubahan dari tidak bagus kepada yang bagus. Perubahan yang dimaksudkan ialah perubahan dalam parti; dan perubahan dalam kerajaan. Perubahan dalam diri ahli-ahli sukar hendak dilakukan.

Perubahan dalam parti sudah dilakukan. Beberapa ayat dalam perlembagaan parti sudah diubah melalu EGM minggu lepas. Semua perwakilan bersetuju membuat perubahan itu.

Perubahan berikutnya ialah perubahan dalam kerajaan. UMNO akan mengubah keadaan kurang bagus dalam kerajaan kepada keadaan yang bagus. Perubahan dalam kerajaan mestilah bermula dari kerajaan negeri-negeri, kemudian, kerajaan pusat.

Perubahan dalam kerajaan negeri-negeri bukan bererti memberi kuasa pemerintahan kepada PR. Tetapi, mengubahsuai para ADUN-BN dalam negeri-negeri berkenaan. Mengubahsuai ADUN bererti mana-mana ADUN yang tak bagus digantikan dengan ADUN yang bagus. Menggantikan ADUN ertinya paksa ADUN tertentu meletak jawatan, kemudian, adakan PRK.

Antara kerajaan negeri yang mudah menerima perubahan ialah kerajaan Negeri Sembilan dan kerajaan Negeri Perak. Ada yang tambah, termasuk kerajaan Negeri Terengganu.

Khabarnya, dua ADUN di Negeri Sembilan akan diminta letak jawatan. Dalam PRK nanti calon BN terdiri dari dua individu yang cukup bagus. Mungkin lebih bagus dari Isa Samad. Dengan itu, perubahan dalam kerajaan negeri akan berlaku.

Di Negeri Perak juga akan dilakukan perubahan. Mengikut ramalan, DUN Perak akan dibubarkan sebelum PRU-13. Dalam PRK nanti, hanya 20 ADUN BN yang ada sekarang yang akan dipilih semula. Yang lain akan digugurkan.

Di Negeri Terengganu? Khabarnya, BN garu kepala. Kena buat meeting lain. Beberapa SB akan dikirim ke sana. Buat kajian baru dan lebih terperinci.

Dr. Abdul Wahab Arbain

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas