BlogList Malaysia

14 October 2009

Pimpinan Pakatan Jangan Bodoh Sombong

Secara keseluruhannya Cina juga kembali mengundi UMNO/BN... Jika dilihat cakap-cakap BN akan kalah jika ISA Samad dicalonkan salah sama sekali..

Kita terlupa.. kita bukan berada di Utara, Pantai Timur mahupun di Tengah Malaysia.. Kita berada di Selatan... Selatan terkenal dengan penyokong tegar UBN nya..

Senjata utama kempen kita melalui blog juga kurang kesannya.. Maklumat sampai ke luar Bagan Pinang tetapi secara keseluruhannya masyarakat india di estate kurang menerima maklumat.. Pekhidmatan Internet dan BroadBand di Bagan Pinang juga kurang memuaskan..

PAS juga terkenal dengan Kelab Penyokong PAS, tetapi kehadiran mereka pada kali ini dilihat kurang memberangsangkan.. Kelab Penyokong PAS juga wajar diberi serta diiktiraf peranan mereka. Masalah untuk mengiktiraf kelab penyokong PAS sbg sayap parti juga dilihat membawa masalah kepada PAS. Selesaikan permasalahan ini secepat mungkin agar mereka fokus dan tetap utuh dgn perjuangan PAS & PR.

Harus diingat, peringatan dan kempen berkenaan rasuah juga tidak berkesan...Sepertimana Ali Rustam di Melaka.. ISA Samad di N9 telah lama bertapak dan memberi sumbangan.. Bagi kita yang beragama ISLAM rasuah di pandang hina.. bagaimana pula bangsa lain..

Yang biasa kite dgr dari mereka.. "Rasuah Sikit Tak Apa, yang penting sudah amik.. mesti mau bagi sikit pada rakyat".. Oleh sbb pernyataan ini.. isu rasuah tidak timbul sama sekali..

Setiap kali p'raya kecil.. faktor lokal juga penting.. setiap mata tertumpu dan tertanya2 siapa calon yang bertanding.. dan apa sumbangan mereka.. memang benar calon PAS dikenali di N9.. tetapi bagaimana pula di Bagan Pinang?

Kita imbas kembali di Manek Urai.. Jika kita berasa rakyat sudah cukup matang... Situasinya sama di Bagan Pinang.. dari sudut +ve nya... Ini adalah p'raya kecil.. walau pun PR menang.. N9 masih di bawah BN.. maka tidak memberi sebarang makna.. Rakyat Bagan Pinang menggunakan p'raya ini untuk mendapatkan segala kemudahan yang dijanjikan..

Bayangkan tempat yang hanya mempunyai pengundi seramai 14K++ dijanjikan jutaan ringgit dengan pembangunan.. Kita semua pernah berkampung di Bagan Pinang... Lihat sahaja kemudahan yang terdapat di sana.. yang dikatakan bandar pelancongan.. Maka ini adalah peluang keemasan penduduk Bagan Pinang!

Walau apa pun, PRK Bagan Pinang membawa seribu makna dan hikmah... memberi pengajaran kepada Pimpinan PR supaya jangan leka dan lalai dengan jawatan yang disandang.. rakyat sedang dan sentiasa menilai prestasi anda..

Fikir2kan la..-Malaccan

1 Komen :

Prof. Era Pasca October 14, 2009 at 3:18 AM  

“Kalau mereka memilih BN dengan kehendak hati sendiri, saya tidak boleh buat apa. Tetapi hak yang 2,000 lagi yang mengundi PAS itu saya harap biar ia jadi benih yang cukup bernas untuk menyebarkan Islam di masa depan,” -Tok Guru Nik Aziz...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas