Exco Tumbuk Tamu Raya 2 - Nik Aziz Kenal Exco dan Tamu Berkenaan!
Kejadian itu berlaku sekitar jam 2:30 tengah hari semalam. Mangsa berkenaan telah membawa anak dan isterinya untuk menghadiri rumah terbuka Pas itu. Mungkin dia juga ahli atau penyokong Pas. Atas rasa ingin menyemarakkan sambutan majlis itu dia datang dan bersalaman dengan pemimpin yang ada yang menjadi penyambut tetamu.
Selepas selesai makan dia keluar dan menunggu anak dan isterinya di luar, berhampiran pintu gerbang untuk masuk ke Dewan Fadzil Mohd Noor (al Fatihah) di mana tempat berlangsung jamuan. Ketika menunggu inilah Exco berkenaan datang menghampirinya sambil bertanyakan namanya dan sesuatu kemudian terus mengeluarkan kata-kata jelek dan hina "mu jahat...mu jahat".
Tetamu yang menjadi mangsa itu tercengeng dan bingung. Mulanya dia ingat Exco itu bergurau saja. Dalam keadaan tidak bersedia itu tiba-tiba penumbuk Exco berkenaan melayang ke muka mangsa berkenaan. Bayangkan bagaimana kalau mangsa itu tidak menepisnya dan segera membalas balik?
Tetamu yang tergaman dengan kejadian itu cuba menenangkan keadaan dan minta penjeasan dari Exco berkenaan, kenapa melepaskan penumbuk kepadanya. Namun Exco itu tidak peduli terus memburukkan mangsa berkenaan dengan mengajak mangsa berkenaan bertumbuk.
Tetamu malang itu mulanya tidak mahu melayan, tetapi disebabkan Exco berkenaan bersungguh menjual 'gedebe'nya, tetamu itu akhirnya menjawab dengan meminta agak beberedar dari tempat itu untuk mengelakkan kejadian itu disaksi oleh orang ramai. Malangnya Exco berkenaan tidak berani menyahutnya dan berlalu selamba ke keretanya. Apabila memasuki ke keretanya Exco itu melambai-lambai tetamu itu, mungkin dengan rasa hati senang kerana berjaya menyerang tetamu!
Agak nasib baik perbalahan ini tidak berterusan kepada acara bertumbuk lebih dahsyat lagi. Kalau tidak sudah pastilah majlis mulia rumah terbuka semalam akan tercemar dengan insiden ini. Pas akan merekod satu sejarah selepas Bagan Pinang. Bayangkan bagaimana kalau mangsa yang memang dikenali sebagai seorang ahli silat itu menari mengikut rentak Exco berkenaan?
Sebenarnya kejadian ini tidak disedari orang ramai yang berasak-asak masuk ke dalam dewan Fadzil Noor dan juga para penyambut tetamu terdiri daripada pemimpin Pas. Bagaimana pun beberapa orang yang berada di situ melihat kejadian ini. Kerana ianya berlaku dalam keadaan 'macam gurauan' saja menyebabkan orang tidak sangka serangan Exco kepada tetamu itu.
Kejadian ini serius. Adalah wajar kalau mangsa berkenaan melaporkan kejadian ini kepada pemimpin Pas. Sikap Exco berkenaan telah menjatuhkan akhlaknya sebagai pemimpin sebuah gerakan Islam. Betapapun jahat mangsa berkenaan, beliau harus melayan atau sabar kerana
majlis semalam bukan majlis biasa tetapi isitmewa majlis hari raya. Tidak terbayang bagaimana warna hati si Exco itu kalau tetamu yang bertandang ke majlis partinya boleh dilakukan begitu.
Exco adalah pemimpin sesebuah kerajaan negeri. Beliau juga adalah pemimpin Pas. Sepatutnya Exco berkenaan bersikap terbuka dan apolegetik. Kesalahan lampau lupakan dan berlajarlah bersifat pemaaf. Ataupun kalau kesalahan mangsa itu tidak boleh dimaafi sehingga ke syurga atau neraka, tetapi pendamkan saja amarah itu jangan dizahirkan kerana menyerlahkan keburukan dan kedangkalan kita sebagai pemimpin.
Baca selanjutnya di sini
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
28 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment