BlogList Malaysia

15 October 2009

Pak Lah PM Billboard - Mahathir

Walau pun Tun Mahathir telah berjaya menurunkan Abdullah badawi daripada takhta yang ditinggalkannya, geram dan marah Tun terhadap Abdullah masih belum reda. Berikutan itu Abdullah dianggap sebagai PM yang hanya tahu berbelanja dan tak tahu bagaimana nak mendatangkan hasil pada negara.

Dalam tulisan di CHEDET.CO. Tun Mahathir melabelkan zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi sebagai satu era di mana seluruh negara disalut dengan sepanduk dan papan tanda besar yang menunjuk wajah Perdana Menteri itu bersama Menteri-Menteri tertentu, Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Tun Mahathir juga menyelar tindakan seorang Menteri pelancongan yang mempamerkan sepanduk dan papan tanda yang mempunyai gambarnya bersama Perdana Menteri diseluruh negara seolah-olah pelancong akan tertarik melawat Malaysia untuk melihat sepanduk berkenaan.

Walau bagaimana sekali pun menurut Tun Mahathir, setelah Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri semua sepanduk dan iklan yang lama telah diturunkan sambil mengharapkan bahawa, “amalan seperti ini tidak diadakan lagi. Jauh daripada mereka yang menaikkan gambar mereka menjadi popular, rakyat sebenarnya jelak dan bosan melihat sepanduk-sepanduk ini mencemarkan kecantikan alam”.

Sambil menegaskan, “Saya akan ditegur bahawa di masa saya dulu ada juga sepanduk seperti ini yang dinaikkan oleh Menteri Besar tetapi tidak oleh Menteri Kabinet. Saya akui saya tidak ambil tindakan yang tegas menghentikan amalan ini. Tetapi tidak semua Menteri Besar yang mencuba tunjuk betapa dekatnya mereka dengan Perdana Menteri melalui cara ini”.

Mengakhiri tulisan beliau dalam tajuk ”SOUND BITES - WAJAH PEMIMPIN” Tun Mahathir menyatakan, “Saya harap Barisan Nasional tidak memulakan semula amalan ini. Ia hanya akan menimbul kebencian kepada mereka”.

Untuk makluman Tun Mahathir dan yang lain, Abdullah bukan sekadar menaikan sepanduk biasa tetapi semasa era pemerintahan Deris Natang di Terengganu dulu, upacara puja kemerdekaan Malaysia disambut dengan kain rentang gergasi yang digantung pada dinding Wisma Darul Iman.

Berapa harganya tak tahulah tapi itu adalah kecil berbanding dengan harga jet peribadi dan kapal baru yang dibelinya.Pemerintahan Abdullah badawi bukan sekadar menyakitkan hati Tun mahathir malah menyakitkan hati nya serta alam sekitar.

Walau bagaimana pun dizaman pemerintahan Najib pula untuk makluman Tun Mahathir sepanduk dan kain rentang banyak juga dinaikkan tetapi gambar Rosmoh yang lebih menonjol daripada gambar Najib sendiri bagi setiap acara. Zaman 2 Tun dulu, tak ada nampak pun gambar Siti Hasmah dan Hendon disibukkan. Mungkin Rosmoh dapat rasakan ada persamaan antara beliau dan Imelda Marcos. [sinar hairan]- kedahlanie

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas