BlogList Malaysia

18 October 2009

Khairy Meniti Hari Yang Semakin Suram


KEBENCIAN YANG MASIH MELUAP-LUAP
OLEH MAJORITI AHLI-AHLI
PEMUDA UMNO HAMPIR DISELURUH BAHAGIAN
DISELURUH NEGARA TERHADAP KHAIRY
DITERJEMAHKAN PADA POSTER INI


Ternyata api kebencian akar umbi terhadap Khairy dan segala komplot beliau untuk mencengkam kuku kuasa politik serta pembolotan projek sebagai janakuasa dana beliau sehingga menghumbangkan UMNO dan BN kekancah krisis kepercayaan yang amat teruk dan sehingga kini masih belum pulih dengan sepenuhnya.

Dalam Perhimpunan Umno Khas minggu lepas, Khairy Jamaluddin begitu terdesak mahu dilihat bersama - sama dengan kem Najib. Serangan beliau terhadap Anwar ternyata umpama api yang memakan diri sendiri. Lagi kerap Anwar diserang maka kuatlah pengaruh beliau. Insan yang bernama Anwar Ibrahim semakin kerap diserang semakin bertambah popularlah beliau. Khairy setiap kali menpunyai peluang akan menyerang peribadi Anwar Ibrahim dengan cara yang begitu agresif. Ternyata taktik itu semakin memakan dirinya sendiri. Khairy begitu tertekan kerana dilihat tidak berguna kepada Umno di mata Najib. Najib hampir pasti akan mengenepikan Khairy suatu hari nanti.

Demi survival politiknya yang hampir malap dan suram untuk dilihat tidak berseteru dengan Najib maka Khairy tidak akan sekali-kali berhenti dengan tiupan anti - Anwar.

Terima kasih Khairy kerana mempopularkan Anwar ibrahim kerana secara perlahan -lahan dirimu untuk ditinggalkan dan dicampakkan oleh Najib dan Umno.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas