BlogList Malaysia

29 October 2009

Keputusan Mesyuarat Malam Tadi Menunjukkan Perlu EGM dalam PAS

Pertama sekali, saya harus memohon maaf kerana terpaksa menulis perkara yang saya sedang tulis ini. Saya yakin kalau ianya tidak ditulis, parti kita akan hancur laksana 2004. Saya mohon maaf pada semua ahli PAS yang membaca tulisan ini sekiranya mereka tersinggung dan tidak merasa senang dengan pendedahan saya. Namun, saya sayang parti dan saya sayang PAS yang saya menjadi ahli semenjak 9/9/1987. Kewajiban saya menulis perkara dibawah supaya semua ahli PAS membaca dan membuat penilaian sediri. Saya akan bertanggungjawab pada Allah SWT sekiranya tidak.


Maklumat datang mencurah-curah pada saya. Tapi, yang saya boleh dedahkan hanya satu. Yakni, para AJK PAS Pusat telah bersetuju berkompromi untuk tidak mengadakan EGM dengan syarat Pesuruhjaya PAS Selangor ditukar.

MAJORITI AJK2 PAS malam tadi menyokong usul bahawa Hasan Ali harus ditukar dari Pesuruhjaya PAS Selangor kerana tindakan dan kata-kata beliau jelas merugikan PAS dan memburukkan imej PAS terutama pada pengundi bukan Islam.

Tiada “khilaf” malam tadi bahawa Hasan Ali perlu ditukar dan tempat beliau diganti dengan orang lain. Perkara ini tidak memerlukan kepada perbicaraan JK Disiplin langsung. Ianya adalah keputusan yang boleh dibuat Presiden parti dan ianya tidak memerlukan keputusan JK Disiplin PAS yang terang-terang akan memakan masa bertahun-tahun.

(Saya masih teringat YDP sebuah kawasan di Selangor membuat kenyataan secara umum betapa beliau merasa seperti digantung tidak bertali kerana terlalu lama menunggu keputusan JK Disiplin)

Namun, kompromi yang ditawarkan oleh majoriti AJK PAS Pusat telah ditolak mentah-mentah dan hasilnya orang lain yang akan dihadapkan ke JK Disiplin. Isu yang sepatutnya diselesaikan di peringkat politik telah dijadikan isu disiplin yang jelasnya akan memakan masa bertahun-tahun.

Mengapa perlu dihadapkan kepada JK Disiplin. Yang pasti tiada persetujuan dari AJK malam tadi untuk menghadapkan PAS Selangor kepada JK Disiplin.

PAS Pusat sudah menjadi seperti PAS Terengganu, di mana hanya 4-5 orang yang akan membuat keputusan dan keputusan 4-5 orang inilah yang akan menjadi keputusan rasmi.
MEsyuarat hanya menjadi sessi rubber-stamp kepada kehendak 4-5 orang ini.

Oleh sebab itu, demi untuk menyelamatkan PAS dari mengulangi kehancuran 2004, saya mencadangkan supaya cadangan EGM bagi membolehkan ahli PAS membuat keputusan apa hala tuju PAS sekarang ini. AJK PAS sudah tidak mampu membuat keputusan yang mudah tapi terbaik kepada PAS. AJK PAS Pusat sudah dikuasai oleh 4-5 orang geng Terengganu yang menjadikan AJK PAS Pusat laksana Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Dan kita semua tahu apa yang telah berlaku kepada PAS Terengganu 2004.

Samada PAS mahu mengekalkan orang-orang yang mahu rapat dengan UMNO atau PAS mahu mengambil sikap terus komited bersama Pakatan Rakyat. Ahli2 PAS wajib membuat keputusan sekarang. Bukan 4-5 orang yang disekeliling Presiden.

Masaalah BEsar Bila MEsyuarat AJK Tidak Diizinkan Untuk Diambil Undi

Oleh kerana dipaksa setiap mesyuarat untuk mengambil keputusan yang secara “ijma” maka biasanya pengundian terhadap sesuatu usul tidak akan dibuat.

Malangnya, keputusan mesyuarat malam tadi, tidaklah mewakili MAJORITI dari AJK PAS Pusat. Setahu saya, keputusan yang ijma harus dipersetujui oleh KESEMUA AJK PAS PUSAT. Namun, majoriti AJK yang keluar dari mesyuarat malam tadi, keluar dalam keadaan TIDAK PUAS HATI.

Tiada jalan lain melainkan EGM.

Tulang Besi

2 Komen :

Anonymous ,  October 29, 2009 at 1:27 PM  

kena hadap ke jwtankuasa disiplin dulu untk berlaku adil. biar disiasat dan dikemukakan bukti.

jgn lupa pak tulang, menghukum org tak bersalah dosanya lebih besar berbanding membebaskan seorang yang bersalah. maknanya di sini silap hukum, kena tanggung tau

sabar la dulu, jgn gopoh. kalau kita kata perjuangan kita islam, maka yakinlah yang benar tetap akan menang.

kalau hasan yang salah, tak hukum pun dia akan jatuh sendiri.

cuma selepas meting semua kena la pegang hasil meting. nape plak nak bawak ke luar. ni ko dapat info dari khalis samad ke? mmg tak boleh pakai la khalid ni. tak amanah

pak mat ,  October 29, 2009 at 11:23 PM  

Salam.. Org macam pak tulanglah menyebabkan parti jadi bercelaru.. haru biru jadinya. Apa tak nya, bila dah buat keputusan mesyuarat ikutlah, jgn pula nak berlagak lebih dari pemimpin. Jgn jadi penghasut pula.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas