BlogList Malaysia

10 October 2009

Bagan Pinang - Pecutan Terakhir

Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh Pengundi-Pengundi DUN N31,Bagan Pinang.

Kurang 24 jam daripada sekarang Bagan Pinang bakal menyaksikan satu lagi kuasa rakyat bakal tertunjuk. Kuasa mengundi yang diberikan akan digunakan sepenuhnya untuk menentukan Ahli Dewan Undangan Negeri N31 Bagan Pinang yang baru.

Pilihan raya kecil bukanlah perkara yang baru dalam dunia demokrasi Malaysia yang kita amalkan. Sepanjang 2 tahun setelah Pilihan Raya Umum ke-12, kita telah menyaksikan 9 pilihan raya kecil dijalankan. Namun, amat menyedihkan masih juga terdapat pelbagai kesalahan yang menganggu kelancaran pilihan raya dilakukan oleh sama ada pengundi mahupun petugas pilihanraya.

Kepada pengundi, tuan-tuan disarankan :

1. Semak saluran dan pusat mengundi anda sebelum keluar. Semakan awal akan melancarkan perjalanan pengundian. Pengalaman-pengalaman lalu menyaksikan terdapat pengundi-pengundi yang tidak dapat mengundi hanya kerana tersalah tempat dan saluran.

2. Keluar seawal mungkin ketempat pengundian. Trend-trend lalu menyaksikan pengundi gemar keluar mengundi pada waktu puncak iaitu antara jam 10 pagi hingga jam 2 petang. Hal ini hanya akan menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas dan pengundi juga terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran. Pernah berlaku pengundi pengsan semasa beratur dan ada juga yang meninggal dunia kerana sesak nafas. Maka, penyelesaian terbaik adalah merancang pejalanan dengan keluar awal.

3. Elakkan untuk mengundi last minute. Terdapat sekumpulan pengundi yang sering mengambil sikap untuk keluar mengundi pada saat-saat akhir iaitu sekitar jam 3 petang sehingga pusat pengundian di tutup. Dengan menganggap mereka mempunyai undi yang bakal menjadi penentu kepada kemenangan parti-parti politik yang bertanding, kumpulan ini biasanya adalah dari kategori pengundi atas pagar. Namun, sejarah pilihanraya kecil Bukit Gantang menyaksikan hujan yang turun pada petang hari mengundi terus membantutkan hasrat sekumpulan pengundi atas pagar untuk keluar menunaikan tanggungjawab. Maka petugas pilihan raya perlu mengambil tindakan segera dengan memastikan pengundi atas pagar keluar seawal mungkin dihari pengundian.

4. Jaga kad pengenalan diri dan pastikan dokumen penting tersebut tidak tertinggal semasa keluar mengundi. Adalah dinasihatkan pengundi-pengundi muda berusia bawah 40 tahun untuk sama-sama memastikan kad pengenalan ibu bapa masing-masing yang berstatus warga emas berada disisi meraka dan tidak sekali-kali diberikan kepada mana-mana pihak sekalipun. Adalah diketahui umum warga emas sering menjadi mangsa penipuan agen-agen calon dengan menyembunyikan kad pengenalan warga emas tersebut. Hal ini boleh dielakkan jika maklumat awal disampaikan kepada warga emas supaya menjaga kad pengenalan diri sebaik mungkin.

5. Elakkan menyertai apa-apa provokasi yang dilakukan oleh petugas pihak lawan kerana sejarah membuktikan dengan melayan provokasi pihak lawan, pergaduhan pasti akan tercetus dan sudah pasti akan melambatkan proses pengundian apabila campur tangan pihak polis telah berlaku. Maka jalan pintas adalah dengan menunaikan amanah secepat mungkin dan tidak sekali-kali melayan apa-apa bentuk provokasi.

Akhir sekali, selamat mengundi kepada semua pengundi N31 Bagan Pinang. Di doakan segala yang terbaik dapat dijelmakan dan semoga Allah memenangkan calon pakatan Zulkefly Mohamd Omar. Jika MCA baru sebentar tadi mampu menolak 2 kepimpinan mereka yang mengamalkan rasuah dan tidak berintegriti, maka apa alasan anda untuk mengundi calon yang mempunyai rekod rasuah yang buruk??... fikir-fikirkan... Selamat mengundi..

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas