Fakta :
Perlembagaan menetapkan bahawa SPR hanyalah berfungsi sebagai;
Jawatankuasa pilihan raya ke atas kawasan parlimen dan DUN, mengelola pilihan raya, dan pelaksanaan pendaftaran pemilih.
Ia juga mengumpul maklumat mengenai kawasan baru yang membolehkan keadilan dapat dilakukan ke atas pengundi untuk mengundi di kawasan pengundian yang ditetapkan, mempromosikan kepentingan mengundi, dan menguruskan semakan daftar pemilih dengan memadam nama-nama orang yang telah mati atau didapati tidak layak mengundi.
Pada hari pengundian, anggota SPR dan pegawai akan berada di pusat pengundian untuk menjalankan proses pengundian pilihan raya.
Maka tugas menentukan sesuatu kerusi itu kosong atau tidak adalah kuasa Speaker dan Dewan semua negeri serta Parlimen. SPR tidak boleh memandai-mandai menjadi hakim, jika tidak kes seperti di Perak akan berlaku sekali lagi.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada hari Rabu berharap semua pihak menghormati dan menerima keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah yang dibuat berlandaskan keadilan dan perundangan negara.
"Hak untuk mengesahkan atau membatalkan kedudukan seseorang Adun itu bukan kuasa DUN tetapi SPR. Justeru itu apabila SPR telah membuat keputusan, kita perlu hormati keputusan itu," kata Menteri Pertahanan kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Persempadanan Ke-49 bersama dengan Menteri Pertahanan Thailand Jeneral Prawit Wongsuwan di sini.
SPR memutuskan semalam bahawa tiada kekosongan berlaku pada kerusi DUN Kota Siputeh dan Datuk Abu Hassan Sharif daripada Barisan Nasional masih menyandang kerusi yang memenanginya pada pilihan raya umum ke-12 tahun lepas.
Keputusan itu dibuat berikutan pemakluman yang diterima SPR pada 17 Ogos lepas daripada Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail berhubung kekosongan luar jangka yang dikatakan berlaku bagi kerusi DUN Kota Siputeh.
Ahmad Zahid berkata adalah hak pembangkang untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka "tetapi bagi pihak UMNO dan BN keseluruhannya, kita hormati apa yang diputuskan SPR kerana badan itu mempunyai authoriti untuk menentukan berdasarkan bukti dan peraturan sedia ada." -BERNAMA
** Peraturan dan undang-undang mana la yang mamat cikai ni pakai.. Undang-undang pukul orang kot..
0 Komen :
Post a Comment