BlogList Malaysia

02 September 2009

Azizan Beri Jaminan Tidak Guna Artikel 52 Gantung Abu Hassan

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi jaminan tidak akan menggunakan Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi menggantung kehadiran Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif daripada Barisan Nasional (BN).

"Menggunakan Perkara 52 bermakna mengundang lebih banyak kecelaruan dan mengkucar kacirkan keadaan. Dari awal lagi kita sengaja tidak menggunakannya kerana mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskannya.

"Berdasarkan pengalaman di Perak, hanya SPR yang boleh menentukan kerusi itu kosong atau tidak," kata Azizan ketika diminta mengulas tindakan lanjut yang mungkin diambil bagi menyingkirkan Abu Hassan daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas SPR mengekalkan kerusinya pada Selasa.

Perkara 52 menyebut Speaker berhak menggunakan kuasanya bagi menyingkirkan mana-mana ADUN yang melanggar Perkara 51 daripada menghadiri persidangan Dewan.

Speaker, Datuk Dr Abdul Isa Ismail menulis surat kepada SPR pada 17 Ogos lepas meminta Abu Hassan mengosongkan kerusinya kerana tidak menghadiri persidangan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.

Menteri Besar yang ditemui selepas mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman (pusat pentadbiran negeri) di sini , Rabu berkata satu panel peguam akan dilantik untuk mengkaji keputusan SPR.

"SPR mengekalkan kerusi itu atas sebab teknikal dan kita mengatakan ia kosong atas kesalahan teknikal. Oleh itu biarlah pihak ketiga iaitu mahkamah yang memutuskannya", katanya.

Azizan yang ditanya mengenai tafsiran Perkara 52 berkata Speaker mungkin telah mendapat nasihat daripada Penasihat Undang-Undang Negeri (LA) sebelum beliau menulis surat kepada SPR pada 16 Ogos lepas.

Beliau bagaimanapun berkata panel guaman yang dilantik akan menentukan samaada tindakan mahkamah wajar diambil atau sebaliknya selepas mengkaji hal tersebut dari segala sudut.

"Speaker tidak akan libatkan LA (Penasihat Undang-undang Negeri) kerana beliau bukan penjawat awam. Lagipun LA kena ikut nasihat Peguam Negara dan jawapannya pastilah kesilapan teknikal," tambahnya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata Abu Hassan akan kekal sebagai ADUN sehingga terbukti beliau tidak layak dan didapati bersalah oleh mahkamah.

"Saya kecewa juga kerana PAS Kedah telah bersiap sedia menghadapi satu lagi pilihan raya kecil. Tentu ramai yang kecewa. Bagi saya ada (pilihan raya) pun tidak apa, tidak ada pun tidak mengapa," katanya.

-- BERNAMA

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas