BlogList Malaysia

06 September 2009

Politik Umno Semakin Sempit..

Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih teraju pemerintahan kerajaan negeri Selangor, BN khususnya UMNO kini dilihat mula menggunakan 'politik perkauman' yang semakin sempit demi kepentingan dua tiga kerat pemimpin utamanya yang kini tidak senang dengan pemerintahan oleh Pakatan Rakyat yang kian diterima rakyat negeri termaju di Malaysia.

PM Sendiri selaku pengerusi badan perhubungan UMNO negeri Selangor mula menggerakkan langkah-langkah sulit dan terancang untuk merialisasikan 'hajatnya' bagi merampas negeri Selangor yang sememangnya mempunyai nilai yang amat tinggi dari aspek ekonomi.

Walau apapun berlaku, usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah berjalan seperti yang dirancang di mana antara penggerak utama yang berusaha mencetus beberapa isu panas sejak kebelakangan ini adalah terdiri daripada bekas MB Selangor sendiri.

Apa tidaknya, isu 'kepala lembu' yang dibawa oleh para penunjuk perasaan telah dihalalkan oleh para pemimpin UMNO sendiri kononnya sebagai simbol kebodohan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terhadap usaha pemindahan kuil tersebut.

Amat memalukan lagi apabila yang melalukan perbuatan tersebut adalah dikalangan orang Islam sendiri dikala masyarakat beragama lain sedang menghormati kedatangan ramadhan, namun mereka yang beragama Islam pula mencemarkannya. Apakah ini cara diplomasi bijaksana yang diajar oleh rasulullah SAW kepada umatnya jika ingin menangani sesuatu masalah yang melibatkan agama lain? Apakah para mufti yang merupakan 'warasatul anbia' ini hanya mendiamkan diri terhadap tindakan politik sempit oleh segelintir orang islam sendiri ?

Akibat daripada perbuatan tersebut, kini masyarakat dari bangsa dan agama lain sudah memandang islam itu sebagai sesuatu yang amat sempit. Langsung tiada tolenransi dan mementingkan kepentingan sendiri. Kesan ini adalah disebabkan penganut Islam itu sendiri yang dangkal ilmunya serta cetek akalnya berkaitan dengan diplomasi dan toleransi yang tulen.

Walaupun ramai yang tidak mengambil peduli terhadap isu ini, namun secara sedar atau tidak BN/UMNO Selangor sememangnya merencanakan usaha-usaha yang cukup terancanng bagi mamastikan Pakatan Rakyat tumbang dengan seberapa segera di Selangor.

Jika cara politik sempit mereka ini masih disokong oleh bangsa melayu, maka berjayalah mereka untuk mempermainkan sentimen perkauman yang ditegah sendiri oleh Islam sedangkan slogan "1 malaysia" tersebut hanyalah sekadar retorik kosong semata-mata demi tatkala meraih undi bagi masyarakat bukan melayu sahaja. Bila dah menang, tinggallah mereka dengan laungan kosong sahaja.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas