Aku orang kecil, tak ada jawatan apa-apa dalam kerajaan waima dalam parti. Aku hanya tukang gantung poster, naik bendera dan kempen dari rumah ke rumah masa pilihan raya. Bila aku dah reti sikit tentang blog, aku pun buat blog. Tapi, blog aku tak sepopular blog MSK atau Perakexpress. Nak maintain blog pun satu, mana aku nak cekau duit nak bayor ke bil internet setiap bulan. Maka, aku numpang internet pejabat. Bila bos lalu, biru je muka aku…takut dia nampak…he…he…
Apa yang aku nak tulis ni, semua orang dah tahu. Semalam, mula jam 12.00 tgh malam, minyak RON 97 naik harga jadi RM2.05. Semua dah tau. Bukak harakahdaily ada kata, inilah hadiah Najib sempena Merdeka. Ala…setakat nak ulas dan cakap kenaikan tu tak patut, sapa-sapa pun boleh. Aku malas nak baca posting lagu tu. Aku cari kot-kot ada posting yang menawarkan sesuatu yang luar biasa.
Maka, aku terfikir betapa jika aku adalah MB di negeri-negeri Pakatan. Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan, semua tu aku kontrol dan aku ada power. Maka, apabila kerajaan BN (hampeh!!!) umumkan naik harga petrol beberapa sen, maka aku akan umumkan semua rakyat aku di empat negeri tu aku akan bagi subsidi petrol. Tak kiralah depa naik moto, bas, kereta ka atau jalan kaki, semuanya aku akan bagi. Yang naik motor aku bagi RM50 sebulan, naik kereta RM100, naik bas RM30.
Bagi aku, oleh kerana aku tak boleh nak suruh kerajaan BN (hampeh lagi sekali!!!) turun harga minyak, maka alternatifnya aku kena ringankan beban rakyat kat negeri aku. Barulah namanya aku ini benar-benar menghayati slogan Negeri Berkebajikan! Baharulah rakyat dapat nilai, siapa bela rakyat siapa bela korporat!
Kemudian, jika aku jadi MB semua negeri pakatan ni, aku akan isytihar bahawa hari cuti khusus bagi raya puasa akan dilebihkan, samalah juga dengan hari-hari kebesaran agama lain. Barulah yang dok dalam negeri Pakatan rasa syiok, depa dapat cuti lebih.
Kemudian, aku akan arahkan semua PBT lebih mesra rakyat dan aku sendiri akan jadi contoh tauladan mesra rakyat. Aku akan tiru Saiyidina Umar atau Sultan Muhammad al-Fateh, aku akan menyamar jadi kutu berahak dan lihat serta dengar sendiri masalah rakyat jelata. Aku akan cek sendiri siapa kakitangan kerajaan yang hampeh (sebab depa ni warisan BN yang hampeh!!!) khususnya dari kalangan YDP PBT, siapa yang hampeh aku akan belasah. Sapa yang nak main ‘belakang’ aku kasi dia kebelakang terus. Baru ada akai!
Kemudian, jika aku jadi MB negeri Pakatan ni, aku akan arahkan semua rakyat mendalami agama masing-masing, Islam dengan Islam-nyalah. Mana-mana orang yang buat salah, aku akan Tanya dia agama apa. Jika dalam agama dia larang tapi dia buat jugak, maka aku akan Tanya alim ulama agama depa, apa hukuman nak bagi kat orang tu. Baru ada akai!
Aku juga akan buang segala protocol gila yang memisahkan aku dengan rakyat jelata. Aku akan tunggu rakyat di masjid dan surau untuk mudahkan depa jumpa aku. Aku akan bukan khemah di pasar dan jumpa depa, Tanya masalah depa dan sebagainya lagi. Aku akan arahkan semua exco dan pegawai kerajaan negeri, buat seperti macam yang aku buat. Ha, baru rakyat 11 negeri BN yang lain tu boleh nilai, apa bezanya diperintah Pakatan dan dibelenggu BN.
Tapi, ini hanyalah angan-angan aku sahaja. Aku tetap orang kecil yang merungut bila petrol naik harga. Aku tak da sapa-sapa yang boleh disangkutkan harapan melainkan Allah taala. Sebab tu aku menyampah bila pemimpin Pakatan dah berperangai macam BN (hampeh dan hampeh!!!), cakap lain buat lain dan mula eksen tak nak dengar rintihan rakyat.
Tapi mana tahu, tiba-tiba Allah SWT perkenankan aku jadi MB…ha…baru ada akai sungguh!
Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani
02 September 2009
Jika Aku MB Negeri Pakatan Rakyat
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
tamu
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment