BlogList Malaysia

11 August 2009

Ramlan, Bila Hang Nak Telanjang?

Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang dianggotai ramai bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan kesediaan untuk menjadi saksi bagi membuktikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pengkhianat bangsa.

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata, ahli-ahlinya yang terlibat dalam demonstrasi jalanan sekitar lewat 1990-an dulu mengenali watak sebenar Anwar dan motif perjuangannya yang lebih terarah kepada kepentingan politik peribadi.

"Walaupun kami yang paling dekat, paling awal kenali dia (Anwar) dulu, tapi sekarang kami tidak lagi setuju dan tidak mahu berkompromi langsung dengan perjuangannya

"Kami sanggup jadi saksi perkara-perkara berkaitan Anwar yang sememangnya merupakan pemimpin hipokrit, hanya mengejar kepentingan politik peribadi.

"Malah kami berpendapat Anwar juga pengkhianat kepada negara kerana menimbulkan ketidaktentuan politik dan ekonomi, rakyat patut difahamkan perkara sebenar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ramlan memberitahu, pihaknya sanggup mendedahkan penyelewengan Anwar bukan sahaja terhadap orang Melayu tetapi juga negara selama ini.

Ini kerana, jelas beliau, tindakan- tindakan negatif sedemikian menjadi punca awal kepada ketidakstabilan politik dan ekonomi negara.

Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) mengancam untuk berbogel di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) yang menempatkan pejabat Menteri Besar dan Exco bagi mendesak kerajaan negeri agar tidak membuat tindakan yang tidak menguntungkan rakyat sepertimenaikkan sewa bulanan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) daripada RM124 sebulan kepada RM250 sebulan yang didakwa membebankan penyewanya yang kebanyakannya berpendapatan RM500 sebulan.

Presiden Reformis Ramlan Abu Bakar dipetik oleh akhbar Sinar Harian sebagai berkata:"Kami sebagai rakyat merasakan tidak lagi berpeluang untuk berubah di bawah pentadbiran Khalid (Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim).

"Untuk menegur beliau, Reformis akan melancarkan mogok bogel sebagai jalan terakhir untuk memberikan kesedaran kepada PR (Pakatan Rakyat)."

Hanya satu perkataan saja yang layak diucapkan untuk lembu ini.. KHAK PTUIH..

1 Komen :

kemboja ,  August 12, 2009 at 1:12 AM  

kah..kah..kah...
agaknya bila la lembu sekor ni (Ramlan)nak bogel....
Dah lama dah aku dengar kata nak bogel....tapi...tak jadi2 lagi pun..

Ini lembu jantan ke...lembu betina...????

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas