Datin Seri Rosmah Mansor memecah rekod sebagai isteri perdana menteri Malaysia yang paling popular dan paling kerap muncul dikaca tv, bahkan mengatasi Perdana Menteri, Najib Abdul Razak. Demikian pandangan Ahli Parlimen Seputih Teressa Kok terhadap Rosmah.
Terbaru, Rosmah dilaporkan mempunyai laman webnya sendiri yang dibangunkan oleh Bahagian Sistem Maklumat Dan Pengurusan Ketua Esekutif (SMPKE) yang bertujuan memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai kegiatan sehariannya khususnya dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri perdana menteri.
Berita Harian edisi 5 Ogos 2009 melaporkan Rosmah hadir ke Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya bagi merasmikan laman webnya dengan capaian www.pmo.gov.my/datinrosmah.
Apa yang dipertikaikan pelbagai pihak dan pemerhati politik adalah Rosmah telah menyalahgunakan sumber pejabat suaminya untuk kepentingan peribadi beliau dalam usaha mengapungkan dirinya dimata masyarakat Malaysia.
"Saya tengok Rosmah sudah ada laman webnya sendiri. Saya rasa agak hairan sebab dia isteri perdana menteri yang paling banyak kali muncul dalam kaca tv dan media. Kadang- kadang berita dia lebih banyak keluar berbanding suaminya. Saya tidak kisah kalau dia ada laman web atau blog. Tapi apakah kelayakan dia sebagai iateri perdana menteri menggunakan laman web perdana menteri ? Sebab dia bukan anggota kerajaan. Dia hanya isteri perdana menteri sahaja. Isteri perdana menteri yang gunakan kedudukannya menjadikan dirinya begitu popular, di blog, laman web dan media. Muncul tiap -tiap hari. Adakah beliau sendiri ingin menjadikan dirinya orang yang memanipulasikan perdana menteri atau kerajaan kita ?," ujar Teressa.
Rosmah sebelum ini dihambat kontroversi apabila video 'Rosmah Puaka' disebarkan secara meluas melalui capaian youtube. Beliau juga menarik perhatian ramai apabila nyaris menjadi mangsa ketidakpuasan hati mahasiswa yang nekad mensabotaj lawatannya di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam baru- baru ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyifatkan Rosmah gagal mendisiplinkan diri dan terjerumus mencampuradukkan kepentingan peribadinya dengan kuasa suaminya sebagai seorang perdana menteri.
"Ada perbezaan isteri perdana menteri memang ada keistimewaan. Seperti di Amerika Syarikat, 'first lady' diberi pengawal keselamatan dan kereta. Tetapi pernah suatu ketika anak Presiden Bill Clinton, Chelsea Clinton menemani bapanya ke luar negara. Orang tanya siapa yang bayar kos anak presiden? Dia kata 'saya sudah buat satu kesilapan. Saya akan bayar balik'. Ini membezakan di Amerika Syarikat apa yang 'first lady' boleh buat dan tidak boleh buat. Tapi di Malaysia kita sudah bercampur aduk. Kita mempersoalkan adakah dia boleh guanakan laman web perdana menteri ?,'" kata Santiago.-tva
11 August 2009
Populariti Rosmah Kalahkan Najib
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
rosmah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
KALAU BAB INI MAAF KALAU PG CAKAP. ROSMAH SEBAGAI WANITA PERTAMA LAYAK UNTUK GUNA KEMUDAHAN JPM. YANG PG TAHU IALAH WANITA PERTAMA ADALAH SATU JAWATAN DAN BERGAJI. HARAP MAKLUM. JADI KEMUDAHAN MEMANG LAYAK BELIAU GUNAKAN. TQ
Post a Comment