ALOR SETAR, 10 Ogos (Bernama) -- Umno Kedah tidak akan membazirkan wang hanya untuk 'membeli' wakil rakyat daripada parti pakatan bagi menubuhkan kerajaan, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah.
Katanya Umno Kedah tidak berminat menubuhkan kerajaan dengan cara sedemikian dan adalah lebih baik wang bagi membeli lima wakil rakyat dibelanjakan untuk faedah rakyat.
"Kalau Umno hendak buat perkara itu (beli), ini bukan masanya," kata Ahmad Bashah kepada pemberita di sini.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, semalam mendakwa wujud beberapa cubaan mengumpan wakil rakyat gabungan PAS-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP melompat parti sejak tahun lepas untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan PAS di Kedah.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, PAS memenangi 16 kerusi Dewan Undangan Negeri, PKR (lima) dan DAP (satu) manakala BN 14 kerusi.
-- BERNAMA
INI APA ??
Kereta tu masuk Kelab Cinta Sayang. Malam tu MK dan Radzi Salleh ada di sana. Jam 10.30, keta tu ditemui di depan you thurn restoren, dekat Giant. Depa pi cari mamat selambau yang nampaknya tak mau ikut depa. Disyaki depa ajak mamat tu pi jumpa MK di Cinta Sayang.(MK - Mahazir Khalid)
Depa jalan dulu, mamat selambau naik kancil dia. Rupanya mamat selambau yang cerdik ikut depa pi rumah Wei Tsu saja. Lepas depa masuk, pintu pun dikunci....apa berlaku pun tak dak sapa tau.
Di Cinta sayang, Radzi didengar dok calling2 mamat kulim dan Wei tsu suruh bawa mamat selambau tu mai situ..lama dah MK tunggu. Jangan tak jadi pulak malam ni. Oleh kerana mamat selambau tak mai, MK dilihat keluar dari Cinta sayang jam 1.30 pagi.
INI KONSPIRASI APA PULAK ??
Semalam orang Iboi, Baling telefon bagitau sebuah kereta Exco nombor plat KBN 333 ada di rumah Adun Bayu, YB Azmi Che Husin, depa panggil Pak Lang Mi। Apa yang ada di Iboi rumah Pak Lang Mi? Pak Lang Mi ialah bekas Pegawai Khas kepada bekas MB Kedah, MK.
Kalau tak percaya depa suruh aku pi tengok, Kalau boleh masuk sergah dalam rumah, apa nak jadi। Dari Sungai Petani ke Baling la ni setengah jam saja. Aku kata biaq pi laa, depa nak buat pelancongan di Lata Celak ka, Air Panas Ulu Legong ka, trek 4X4 baru ka॥Pak Lang Mi pun minat 4X4 juga la ni.
Malam sebelumnya, seorang daripada mereka berada di rumah MK। Mat Che Nai juga ada di sana. Bashah juga ada di situ. Mat Che Nai bercerita sakan tentang gerakan menggerodak yang sedang dilakukan untuk untuk membangkitkan kemarahan orang bukan melayu kepada kerajaan PR.
11 August 2009
Beli Wakil Rakyat Cara Umno Tubuh Kerajaan - Ahmad Bashah
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
rasuah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment