"Teman masih teringat semasa berkempen merayu undi di PRK Parlimen Bukit Gantang untuk memenangkan calon PR-PAS Dato’ Seri Haji Ir. Nizar. Teman bersama rakan-rakan dari Hulu Selangor ditugaskan di UPU SK Tun Johan, Trong Barat.
Antara tugasan kami adalah merayu undi di sepanjang jalan hadapan UPU tersebut.
Teman terus mengambil papan lapis (berbentuk kotak) dan tertampal poster calon terus mengambil tempat di hadapan sekali. Makna kata, setiap kenderaan yang lalu pasti akan nampak muka teman dulu.. Tugas teman mudah.. dengan seikhlas mungkin menunjukkan tanda ‘bagus’ dan menunjukkan wajah calon di papan tadi, kemudian menantikan respons daripada pemandu dan penghuni kenderaan yang lalu-lalang.
Alhamdulillah, boleh teman katakan dari 100 biji kereta, hamper 90 buah yang membalas dengan positif sama ada menunjukkan tanda bagus kembali atau tersenyum dan mengangkat tangan! Malahan ada jugak yang kelam-kabut menaikkan bendera PAS yang sedia tersimpan di dalam kereta mereka!! Dan jika dipecahkan melalui kaum pula hampir 100% kaum Cina & India membalas dengan sangat-sangat positif!! Hampir-hampir teman menitiskan airmata apabila melihat mereka(cina & India) mengangkat poster wajah DS Nizar dari dalam kereta mereka!
Ada juga yang menunjukkan penumbuk kepada teman!! (confirmed!! UMNO piaw!!) Justeru itu, teman tak heran apabila SPR mengaplikasikan undang-undang paling bodoh dan tak pernah berlaku sepanjang sejarah pilihanraya Malaysia!!
‘Tidak boleh ada perayu undi”.
Ini adalah kerana sebenarnya UMNO-BN dapat merasakan betapa berkesannya jentera perayu undi PAS-PR dihari pengundian dan mampu membuatkan ‘faktor saat akhir’ bagi pengundi mengubah hati mereka lalu memilih calon PR.
Cuba bayangkan wajah-wajah bengis dan gelap wanita-puteri-pemuda UMNO merayu undi?? Adakah mampu mereka mencairkan hati para pengundi dengan wajah-wajah mereka itu? Sebelum teman menyertai politik Islam secara serius pun teman sering melihat petugas-petugas UMNO bertugas merayu undi dan ikhlas teman katakan mereka majoritinya bekerja kerana duit!! Mustahil keikhlasan dapat dicipta oleh wajah apabila hanya duit berada dalam fikiran!
Sebenarnya aktiviti merayu undi ini adalah antara faktor yang menarik minat rakyat di hari ‘Pesta Demokrasi’. Di hari inilah rakyat menjadi Hakim!! Bukan Perdana Menteri bukan Presiden UMNO!! Tetapi rakyat!! Dihari tersebut rakyat boleh menjatuhkan dan rakyat mampu menaikkan (dengan izin Allah SWT).
Apalah ertinya apabila rakyat dihalang merayu undi? Pernahkah parti-parti Pembangkang memohon agar perayu undi diharamkan? Mengapa apabila UMNO-BN asyik kalah dalam PRK, baru undang-undang ‘rubbish’ ini dilaksanakan? Penakut? UMNO memang terkenal dengan sifat penakut mereka kerana kurangnya keyakinan mereka dengan bantuan Allah SWT!!
(Sedih dapat berita dari sahabat yang bertugas dihari pengundian PRK Permatang Pasir, sticker PAS kat kereta pun Polis suruh tanggal!! Inikan pula perayu undi!)
InsyaAllah, segala apa yang berlaku kini sebenarnya adalah tanda-tanda kehancuran sebuah kerajaan yang telah terlalu lama menzalimi rakyat Malaysia ini.
Buat semua rakyat Malaysia yang sedih menyaksikan kezaliman demi kezaliman oleh kerajaan UMNO-BN, bersabarlah.. dengan sepenuh hati kita panjatkan doa dan usaha.. Pasti ada sinar harapan baru buat rakyat Malaysia.. InsyaAllah..
Takbir!! Allahuakbar!!
sunsnake
28 August 2009
Perayu Undi - Sepinya tanpa dirimu...
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment