Kalau Nik Aziz Menghina Islam, Dakwalah dia di Mahkamah Syariah
Setelah Tok Guru mengagalkan sama sekali usaha UMNO untuk membawa PAS ke pangkuan UMNO, maka usaha terbaru mereka adalah dengan mencuba menyebarkan was-was dan keraguan terhadap ketokohan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.
Artikel Utusan Terbaru bertajuk "Nik Aziz Liabiliti PAS" cuba sekali lagi untuk memutar belitkan kenyataan Tok Guru.
Mereka akan cuba sedaya upaya mereka untuk menghancurkan kredibiliti serta penghormatan rakyat MAlaysia dan ahli-ahli PAS kepada Tok Guru. Mereka perlukan ini demi untuk memastikan usaha mereka membawa PAS kepada UMNO berjaya.
Semua tokoh2 usaha membawa PAS kepada UMNO sekarang telah di "discredit" oleh Tok Guru. Mereka menghadapi jalan buntu. Tiada lagi usaha agresif untuk membawa PAS kepada UMNO.
Maka usaha terakhir adalah memburukkan Tok Guru Nik Aziz. Dan serangan terbaru mereka adalah seperti yang cuba digambarkan oleh Awang Selamat. Yakni, Tok Guru cuba digambarkan membawa Islam yang sesat dari landasan yang sebenar.
Bagi saya, kalau benar Tok Guru menyeleweng dari Islam, saya cabar UMNO mendakwa Tok Guru Nik Aziz di mahkamah Syariah.
Saya pernah mencabar UMNO untuk mendakwa Tuan Guru Haji Hadi atas tuduhan UMNO terhadap "Amanat Haji Hadi" di mahkamah syariah. Namun sehingga hari ini tiada apa2 dakwaan yang dibuat oleh mereka.
Saya cabar kamu semua, saya cabar. Jangan hanya pandai bercakap sahaja.
Tulang Besi
4 penuntut IPT ditahan disyaki edar dadah
18 minutes ago
1 Komen :
x guna cabar diorang.. buang masa.. ari ni pun utusan je yg sebok2 dgn TGNA.. nampak sangat agenda busuk depa..
Post a Comment