Berita Harian , 18 Ogos 2009
KUALA LUMPUR: Berita Harian mengadakan Wacana Ilmu dengan menampilkan dua tokoh agama terkemuka bagi membincangkan konsep Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kehidupan masyarakat di negara ini, termasuk aspek politik.
Program yang julung kalinya diadakan itu menampilkan Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad.
Muhammad Uthman berkata, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih diperlukan di negara ini walaupun ada pihak mahu akta itu dimansuhkan.
"Selagi belum ada akta lain yang boleh menggantikan ISA, maka akta ini perlu dikekalkan. Bagaimanapun ISA perlu dilakukan semakan semula. Akta ini penting bagi mengawal negara.
"Kita tidak tahu bila ancaman terhadap negara akan berlaku, misalnya jika kita mendapat maklumat di tengah malam ada ancaman terhadap negara, bagaimana kita hendak tangkap individu disyaki, apakah perlu tunggu mahkamah pada keesokan harinya," katanya di sini semalam.
Hadir sama pada majlis itu, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Mior Kamarul Shahid dan Ketua Pengarang Berita, Ahmad Zaini Kamarulzaman.
Muhammad Uthman berkata, persaudaraan masyarakat Islam berbangsa Melayu kini semakin rosak akibat pengaruh politik, sehingga ada pihak yang tidak lagi menghormati institusi Raja di negara ini.
"Persaudaraan Islam Melayu sudah rosak. Ada orang pakai jubah tetapi sanggup meniarap di tengah jalan halang kereta Raja dan ini bertentangan dengan ajaran Islam. "
-------------------------------------------------------------------
PAS diselar hebat kerana sebilangan ahlinya tidak setuju dengan beberapa tindakan raja yang kelihatan bercanggah dengan kehendak rakyat dan demokrasi. Lucunya, tindakan UMNO menghadkan dan menghilangkan imuniti raja-raja dan membawa sepanduk yang memanggil Sutan sebagai Binatang tidak pula diselar.
Kejahilan tokoh agama ini dalam sistem perundangan menyedihkan. Kalau ada bukti atau alasan untuk polis percaya bahawa suatu jenayah hendak dilakukan , polis sememangnya ada kuasa dibawah sistem sekarang untuk menangkap suspek tersebut. Menurut undang-undang, polis boleh menahan seseorang selama 24 jam sebelum membawanya ke majistret. Tak perlu ISA.
Keasyikan mengampu kerajaan akan menjejaskan saki baki rasa hormat kepada dua tokoh agama ini. Contohilah Hassan Ali yang tidak segan silu menegur mana-mana pihak yang mempertikai kesyumulan Islam, baik kawan atau lawan. Jangan jadi ulamak penyampu yang dipanggil 'golongan syaitan bisu' oleh Rasullullah. Bila BN buat kezaliman sana sini, membisu!!
Tapi dalam hal ini, PAS dan Pakatan juga tidak menunjukkan kematangan berpolitik yang tinggi. Sewajarnya PAS membuat suatu majlis atau muzakarah agama dengan menjemput tokoh-tokoh agama Islam dari seluruh dunia untuk membincangkan garis panduan yang dibenarkan islam dalam soal penahanan suspek. Barulah hujah PAS menjadi kuat. Buat kertas kerja secara teratur dan bentangkan.. sertakan sekali dalil Quran dan Sunnah serta pendapat ulamak...
21 August 2009
Nakhaie dan Uthman El-Muhammady Anggap ISA Perlu
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
mansuh isa
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
Salam PAS for All
Membangun Bersama Islam.
Selamat Berpuasa
Kalau negara huru hara ISA boleh tangkap siapa dalangnya?
Kalau musuh dari luar negara yang datang adakan ISA boleh digunakan?
Mungkin juga kena guna ISA kot.Nak harap pada Nuri... dah ramai yang ditalqinkan oleh NURI.
Nak harap pada Kapal Selam Scorpene?Belum pun diuji lagi.
Nampak gaya kena guna ISA lah kot.
Mungkin itulah logik akal pewacana yang hebat itu.
Salam.
UMAT ISLAM KENA CERDIK!!!!!!
Post a Comment