Pemuda Umno dakwa ada pengundi hantu di Permatang Pasir
Selalunya tugas-tugas mengenal pasti dan mamantau pengundi-pengundi hantu ini dilakukan oleh pakatan rakyat sebab sudah bukan rahsia lagi SPR dan Umno/BN adalah dari jenis spesis yang sama.. Alih-alih pemuda umno pulak dah tak percayakan parti sendiri ker?? Lawak banggang apa pulak budak hitam ni cuba buat??
Pergerakan Pemuda Umno mendakwa terdapat pengundi hantu bagi pilihan raya DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata ini berdasarkan laporan terdapat pengundi luar yang didaftarkan sebagai pemilih di kawasan itu.
"Kita dapati beberapa orang Melayu didaftarkan di rumah yang dihuni oleh orang Cina dan ada juga pengundi Cina didaftarkan alamatnya di rumah orang Melayu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda Umno di Butterworth semalam, lapor Bernama.
Khairy berkata sejak pilihan raya umum lepas terdapat kira-kira 1,000
pengundi didaftarkan di Permatang Pasir dan trend itu adalah tidak normal kerana jumlahnya terlalu besar.
Beliau berkata perkara itu akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu itu.
"Kita akan kumpulkan bukti secukupnya dan kemukakan kepada SPR," katanya.
Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Rohaizat Othman, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man dan seorang calon bebas Kamarul Ramizu Idris.
Penamaan calon pilihan raya kecil itu ditetapkan esok.
Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS yang meninggal dunia pada 31 Julai akibat sakit jantung.
Sementara itu, proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan berlangsung mulai jam 9 pagi ini.
0 Komen :
Post a Comment