BlogList Malaysia

17 August 2009

Calon BN Peguam Yang Disenarai Hitam Majlis Peguam

Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri N11 Permatang Pasir, Rohaizad Othman membuat akuan secara terbuka bahawa beliau telah disenarai-hitam oleh Majlis Peguam Malaysia.

Calon BN tersebut membuat kenyataan ini selepas mendapati ada pihak yang mendedahkan bahawa lesen guamannya telah ditarik. Rohaizad bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai pendedahan berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

"Saya memang seorang peguam tetapi tidak mengamalkannya sejak hampir dua tahun lalu," katanya selepas menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian Permatang Pauh di sini, hari ini.

"Saya sedia berhadapan dengan tanggapan negatif pembangkang dan akan menjawab apabila tiba masanya. Bagaimanapun pada masa ini saya serahkan pada Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun menjelaskannya," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Rohaizad, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohd Salleh Man dan Kamarul Ramizu Idris yang telah mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 17 Ogos sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 25 Ogos.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada Pas yang meninggal dunia pada 31 Julai akibat sakit jantung.-tva

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas