Suasana politik negara semakin panas dan cukup meruncingkan mutakhir ini. Jika sebelum ini puak-puak UMNO dan BN heboh mencanangkan bahawa Pakatan Rakyat semakin retak menanti belah. Namun kini, segalanya bagai terkena atas batang hidung sendiri. Pakatan karat biru Barisan Nasional dijangka bakal karam dan terkubur layu dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.
Ia berdasarkan kepada senario politik semasa yang dilihat semakin menjurus ke arah itu. Malah, telahan semua pihak bahawa kerajaan pusat pimpinan UMNO hanya "tinggal nyawa-nyawa ikan" dan amat bergantung kepada "sokong rakyat di Sabah dan Sarawak" baik secara ikhlas atau pun menipu. Ini terbukti bila mereka hanya menang satu daripada lapan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum ke-12 lalu. Malah, sokongan rakyat yang dikatakan semakn menurun kepada pakatan pembangkang nampaknya kian terhakis kini.
Rakyat dari pelbagai lapisan agama dan kaum kini jelas lebih memberikan sokongan padu kepada parti yang ingin membawa perubahan iaitu PKR, PAS dan DAP. Mereka sudah bosan dan jemu dengan retorik politik yang dibawa oleh UMNO dan BN selama lebih 50 tahun ini. Kemerdekaan yang bakal disambut pada 31 Ogos ini (esok) tidak memberikan sebarang makna dan erti kemerdekaan langsung buat rakyat, selagi jiwa dan raga mereka terus terbelenggu dalam kerangka besi ciptaan pemerintah zalim seperti BN ini sejak sekian lama. Oleh itu, angin perubahan kian terasa kini. Tsunami pilihanraya bakal berlaku dan lebih banyak negeri yang diperintah BN pasti akan tumbang dalam pilihanraya umum akan datang.
Dua Ahli Parlimen BN Johor Bakal Sertai PKR
Kekuatan Pakatan Rakyat terutamanya PKR kini nampaknya semakin bertambah. Ia berikutan semakin ramai pemimpin BN bertindak menyertai parti itu. Terbaru, bekas Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Bakri (Johor) iaitu Datuk Chua Jui Meng. Kemasukan Chua ke dalam PKR memberi tekanan dan tamparan yang cukup hebat buat BN. Tambahan pula Chua dilihat salah seorang pemimpin MCA dan kerajaan yang lebih neutral dalam menangani isu-isu rakyat.
Malah, beliau juga mempunyai wawasan yang jelas terhadap rakyat, hingga ditendang dari pemilihan agung MCA baru-baru ini. Kekalahan beliau, merupakan satu tekanan buat MCA dan keretakan jelas terlihat di sana sini. Kekuatan Chua Jui Meng terus menyemarakkan api perjuangan rakyat terutamanya kaum Cina di negara ini. Parti terbesar kaum Cina itu kembali dikejutkan dengan berita panas baru-baru ini. Ia berikutan tindakan lembaga displin parti memecat Timbalan Presidennya iaitu Datuk Chua Soi Lek .
Pemecatan Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan itu jelas sekali bakal mengundah padah yang besar buat parti tersebut. Ini kerana terdapat laporan yang bertiup kencang di Johor sekarang ini, bahawa terdapat dua orang Ahli Parlimen BN dari negeri itu bakal meninggal pakatan karat biru itu dan bertindak menyertai Pakatan Rakyat.
Soalnya sekarang siapakah ahli parlimen terbabit?. Buat masa ini terdapat tujuh orang Ahli Parlimen BN dari MCA di Johor yang dikatakan bakal keluar dari pakatan karat itu. Mereka ialah anak kepada Chua Soi Lek sendiri iaitu YB Chua Tee Yong - foto (Labis), YB Goh Tee Tee (Tangkak), YB Wee Sa Siong (Ayer Hitam), YB Ng See Tiong (Parit Yaani), YB Koh Chee Chai (Penggaram) dan YB Hou Chee Chung (Kluang).
Terdapat kebimbangan yang ketara pada Kerajaan BN Johor tentang perkara ini. Malah terdapat maklumat bahawa Ketua Umum PKR sendiri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan perkara itu dalam sessi lawatannya ke negeri itu pada 6 September 2009 ini.
Beliau dijangka mengadakan Pidato Ramadan di Pekan Parit Sulong, Batu Pahat bersama dengan Datuk Chua Jui Meng dan Saudara Hasmi Hashim. Sementara itu, kebimbangan tentang perkara ini menyebabkan BN Johor kini bagai "cacing kepanasan". Tambahan pula Timbalan Perdana Menteri iaitu Muhyiddin Yassin sendiri adalah dari negeri Johor. Apakah perkara ini tercetus hasil ketidakpuasan hati pihak terbabit terhadap pemecatan Chua Soi Lek itu. Mungkinkah Ahli Parlimen pertama yang bakal membuat keputusan drastik itu adalah anak beliau sendiri Chua Tee Yong agaknya. Kebimbangan jelas dapat dirasakan oleh puak-puak UMNO dan BN Johor, malah terdapat satu laporan yang mengulas perkara di blog umno Johor iaitu :-
"Terdapat beberapa sumber menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melawat sebuah daerah di utara Johor pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan. Lebih menggusarkan daerah terbabit terdapat 2 ahli parlimen yang kedua-duanya bukan daripada Umno. Salah seorang daripadanya anak kepada seorang pemimpin tertinggi yang baru di pecat dari parti komponen BN Ada kemungkinan Anwar akan mengumumkan sesuatu pada lawatannya itu.
Adakah negeri Johor mula membuka ruang kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Sepertimana kebimbangan yang dinyatakan Datuk Seri Najib Razak, pergolakan dalaman parti komponen BN memungkinkan menjejaskan BN. Tentunya parti komponen BN boleh beralih arah menyertai parti pembangkang pada bila-bila masa. Namun Umno sebagai tunjang komponen BN yang berjuang selama ini untuk mengekalkan BN sebagai parti pemerintah. Dalam masa Umno sudah membuat pelbagai transformasi untuk menarik hati rakyat, janganlah pula sikap parti komponen mengagalkan usaha tersebut!"
[Sekiranya apa yang dilaporkan ini ada kebenarannya, maka sudah pasti kem UMNO BN pasti akan "meraung sendirian" selepas ini. Nampaknya, kini satu persatu rakan pemimpin komponen BN meninggalkan pakatan karat itu. Kemungkinan besar hanya pemimpin UMNO sahaja yang akan menjadi yang terakhir meninggalkan BN selepas ini. Ternyata BN sudah tidak relevan lagi untuk politik negara pada masa akan datang. Justeru itu, adalah diseru supaya para penyokong BN peringkat akar umbi untuk membuat keputusan yang pantas bagi menyertai Pakatan Rakyat dalam hala tuju perjuangan mereka pada masa yang akan datang. Nasib dan masa depan mereka adalah lebih terjamin dengan Pakatan Rakyat. BN tidak lagi mampu untuk mengembalikan kepercayaan majoriti rakyat. Malahan rakyat bertambah bosan dan meluat melihat logo BN sejak akhir-akhir ini].
31 August 2009
Benarkah BN Semakin Menuju Kehancuran
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
umno
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
ASSALAMUALAIKUM TUAN EMPUNYA BLOG...BLOG TUAN TELAH SAYA LINK KAN DI BLOG SAYA..JIKA TAK MENJADI KEBERATAN DAN KESALAHAN,MOHON AGAR DAPAT TUAN LINKKAN BLOG SAYA DI BLOG TUAN...NI ADDRESS BLOG SAYE:-
http://jebatberani.blogspot.com
http://sendukjebat.blogspot.com
KERJASAMA TUAN AMAT SAYA HARGAI DAN SEMOGA PERJUANGAN KITA MEMARTABATKAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA TERCAPAI DAN SEMOGA KEZALIMAN LENYAP DARI BUMI YANG KITA CINTAI INI....
Post a Comment