10 June 2013

Selangor Sedia Biaya Kor Guaman Petisyen

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor bersedia manampung kos guaman mana-mana pihak yang memfaikan petisyen pilihan raya pada kali ini.

Menurut Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, langkah tersebut diambil bagi memastikan usaha memperbaiki proses demokrasi di negara ini dapat berjalan dengan lebih lancar.

“Mereka yang menyaman di mahkamah, jika betul kita dapati usaha mereka itu munasabah dan kita kerajaan negeri melalui (program) Pendemokrasian, akan beri sumbangan atas kos guaman mereka,” kata Abdul Khalid dipetik Selangorku.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri sebelum ini turut menjalin kerjasama dan berkongsikan data menerusi Program Pendemokrasian Selangor dengan pihak yang yang berusaha mengumpul bukti kepincangan pilihan raya.

Data-data tersebut diperolehi menerusi kaji selidik yang dijalankan oleh Unit Pendemokrasian Selangor sebelum PRU-13 berlangsung.

“Kita juga membenarkan data-data itu dianalisa, Kerajaan Negeri menggalakkan usaha tersebut untuk melahirkan pilihan raya yang adil dan saksama,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini, kerajaan negeri melalui geran Selangorku mengambil langkah pengukuhkan demokrasi dengan menyediakan peruntukkan berjumlah RM5 juta.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas