BlogList Malaysia

10 June 2013

Petisyen PRU13 - Edaran Segera

Siaran media
Edaran segera

PETISYEN PILIHAN RAYA PERLU DITANGGUHKAN, BORANG 16 DI 727 KERUSI BUKTI UTAMA KESAHIHAN WARTA PRU13

Esok (10 Mei 2013) adalah hari terakhir kepada mana mana calon PRU13 yang berhasrat memfailkan petisyen pilihan raya di semua mahkamah tinggi di negeri masing masing. Pihak SPR telah mengeluarkan warta PRU13 pada 22 Mei 2013 dan memberi masa 21 hari daripada tarikh warta. Saya MOHD AZLAN BIN MOHD SHARIF telah membuat TUJUH (7) laporan polis pada 30 Mei 2013 dan 6 Jun 2013 di Balai Polis Klang bagi menyiasat undi hilang, salah kira undi, maklumat yang telah berubah,perbezaan kertas undi yang dikeluar di parlimen dan dun, kerusi parlimen dan dun berbeza maklumat sebelum dan selepas diwartakan, tindakan untuk anggota polis yang cuai dan kesilapan dalam warta corrigendum. Kemudian, warta corrigendum dikeluarkan pada 31 Mei 2013 dan hasil kajian saya kemudian mendapati terdapat TUJUH (7) kecacatan pada warta PRU13 iaitu:


1) 641 KERUSI YANG TERDAPAT PERBEZAAN MAKLUMAT ANTARA SEBELUM DAN SELEPAS DIWARTAKAN CORRIGENDUM PEMBETULAN
2)617 KERUSI BERBEZA UNDI DIKELUARKAN
3) 422 KERUSI BERBEZA UNDI DIKELUAR DAN DARI TIADA KEPADA ADA UNDI HILANG
4)189 KERUSI BERBEZA UNDI DIKELUAR DAN UNDI HILANG
5) 40 KERUSI BERBEZA MAJORITI
6) 9 KERUSI BERBEZA PEMILIH
7) 36 KERUSI BERBEZA UNDI DIPEROLEHI CALON

Oleh itu, saya menggesa pihak SPR dan Pejabat Peguam Negara mengkaji semula tempoh masa petisyen bermula 31 Mei 2013 bermula tarikh corrigendum diwartakan bagi memberi masa kepada calon PRU13 membuat persediaan rapi. Sebenarnya warta PRU13 hanya boleh dibeli pada 27 Mei 2013 (6 hari menunggu mendapatkan warta rasmi dari 22 Mei 2013) dan warta corrigendum hanya mula dijual pada 5 Jun 2013 (5 hari menunggu dapat warta corrigendum dari 31 mei 2013). Oleh itu calon hanya ada 10 hari untuk bersedia berbanding 21 hari yang ditetapkan dalam undang undang.

Pada pandangan saya, pihak polis dan pihak mahkamah (melalui petisyen pilihan raya) boleh membuktikan wujud undi hilang iaitu 52,972 undi (sebelum warta : 65,286/selepas warta 22 mei 2013: 53,045) memandangkan sepanjang PRU13 lalu tiada tangkapan berhubung kes pengundi membawa keluar kertas tetapi semua fakta ada di dalam Borang 16 dan warta keputusan PRU13 yang digazetkan. Hanya di 3 DUN yang tiada undi hilang iaitu DUN Sungai Acheh(Pulau Pinang), Banggi (Sabah) dan Labuk (Sabah).

Menurut Seksyen 3(1) (h) dan Seksyen 6 (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, di mana undi dibawa keluar tanpa keizinan satu kesalahan jenayah.Saya berharap pihak polis dapat menyiasat kes jenayah ini tanpa campurtangan politik dan pihak SPR memberi kerjasama sepenuhnya termasuk memberi salinan borang 16 di 727 kerusi PRU13 kepada pihak berkuasa bagi membuktikan kesahihan warta keputusan PRU13.
Sekian terima kasih


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas