26 November 2012

Terkini - Bekas Pimpinan Pas Akan Sertai Umno

Road To Perhimpunan Agung Umno
Ada sumber-sumber tidak sahih menyatakan bahawa beberapa orang bekas pemimpin PAS akan menyertai Umno pada perhimpunan Agung Umno yang akan bermula esok.

Kini penganalisis politik mencongak-congak siapa yang akan menjilat ludah sendiri dengan menyertai PAS yang zalim dan rakus iaitu Umno. Ada yang mengagak bekas Naib Presiden PAS, Hassan Ali akan menyertai Umno. Ada juga yang meneka bahawa bekas Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa juga angkat kaki dari PAS bersama-sama dengan Hassan dan bekas Setiausaha PAS Selangor Norman Toha. Sebelum ini Nasharuddin menafikan beliau akan masuk Umno sebaliknya menegaskan beliau akan tetap bersama PAS. Namun Hassan sudah pun dipecat oleh PAS. Manakala status Norman tidak pula diketahui.


Memang tidak pelik dan ajaib jika mereka ini masuk Umno kerana nada dan kenyataan akhbar mereka sejak akhir-akhir ini sama rentak dengan Umno. PAS sendiri tidak pernah menghalang pimpinan dan ahlinya untuk keluar parti dan menyertai parti yang mereka sukai. Malah PAS akan memecat mana-mana pimpinan dan ahli-ahli PAS yang menikam parti dari belakang. Parti mempunyai disiplin dan perlembagaan. Mana-mana ahli yang sudah tidak patuh dan taat kepada parti wajar keluar parti atau akan dikenakan tindakan jika degil dan nakal.

PAS tidak pernah takut kehilangan pimpinan dan ahli yang tidak faham dasar perjuangan PAS dan tidak taat dengan keputusan parti. PAS pernah kehilangan Presidennya apabila Allaharham Dato Asri Haji Muda mengisytiharkan keluar parti. PAS juga pernah kehilangan Naib Presidennya iaitu Nakhaie Hj Ahmad. Namun sehingga kini PAS tetapi utuh dan teguh malah keahliannya sudah mencecah 1 juta orang.

PAS tidak pernah gusar dengan orang keluar parti walau sebesar mana sekalipun jawatannya. Kita berjuang bukan kerana individu atau orang. PAS teguh kerana dasar Al-Quran dan sunnah serta ijmak dan qias yang dipegang. Ketika parti-parti lain mati satu persatu seperti parti Negara, Nasma, Semangat 46, AKIM, Berjasa, Hamim dan lain-lain PAS terus berkembang dan diterima oleh segenap rakyat bukan sahaja orang Melayu, orang Islam malah rakuat bukan Islam pun sudah berani menyokong PAS. Kini ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama sudah mencecah sehingga lebih 50,000 orang.

Malah PAS lebih redha dan bersyukur jika pimpinan dan ahli yang rosak dan ego seperti ini cepat-cepat angkat kaki dan keluar dari PAS.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas