18 June 2012

Umno Anggap Rasuah Nik Aziz Lebih Besar Dan Bahaya Dari Rasuah NFC

Kes haji Nik Aziz boleh dibuka semula

Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah membersihkan nama Datuk Nik Aziz Nik Mat, siasatan berhubung tajaan ibadat hajinya masih boleh dibuka semula, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Panel penilaian operasi suruhanjaya itu mempunyai hak menilai semula kes itu dan jika perlu merujuknya kepada pihak pendakwaan, kata Nazri kepada Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab hari ini.


Bagaimanapun, beliau secara peribadi berpendapat, oleh kerana Nik Aziz tidak menerima tawaran tajaan itu, sebarang pendakwaan patut dibuat terhadap pihak yang menawarkannya.

Beliau menjawab soalan Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang mahu tahu sama ada SPRM mempunyai kuasa memutuskan kes berkaitan Nik Aziz itu boleh dibuka semula dan didakwa.

Pada 5 Disember lalu, sekumpulan anggota NGO dikenali sebagai Suara Umum Rakyat Kelantan (SUK) membuat laporan polis berhubung artikel dalam blog yang didakwa mendedahkan skandal punca pembatalan Nik Aziz dan keluarganya, mengerjakan haji atas tajaan seorang usahawan terkemuka.

Laporan itu dibuat oleh ketua kumpulan itu, Zulkifli Mohd Zain, 50, di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Baharu, di Pengkalan Chepa.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata, laporan itu dibuat supaya polis menyiasat artikel yang mendakwa Nik Aziz menerima tajaan membabitkan kos RM65,000.

http://www.malaysiakini.com/news/201177



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas