BlogList Malaysia

06 June 2012

K’jaan Persekutuan tak berhak sekat pinjaman pelajar

SHAH ALAM 6 Jun: Kerajaan Persekutuan atau Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak berhak menyekat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar baru Universiti Selangor (Unisel), kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid berkata, perbadanan tersebut bertanggungjawab untuk menyediakan pinjaman kepada semua pelajar seluruh negara.

“Kerajaan Persekutuan dan kementerian tidak ada hak untuk menghentikan (pinjaman). Ini adalah isu asas, kami akan membangkitkan perkara ini.


“Ini bukan masalah peruntukan, tetapi ia adalah berkaitan tanggungjawab sosial. Awak (kerajaan) boleh terlibat dalam debat tentang politik, tapi (perkara) ini berkaitan komitmen dan hak,” katanya tegas pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco dekat sini petang tadi.

Beliau mengulas laporan berhubung tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar Unisel yang baru mendaftar.

Kata Khalid, walaupun Unisel diletakkan di bawah kerajaan negeri Selangor, universiti itu juga memberi peluang pendidikan kepada pelajar lain dari seluruh negara.

“Dengan menyekat pelajar untuk mendapat pendidikan dan pinjaman, ini bermakna kerajaan tidak bertanggungjawab atau tidak menjalankan tugas,” katanya.

Menurut Khalid, pihaknya akan membangkitkan perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan mengapa mereka bersikap diskriminasi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31247


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas