BlogList Malaysia

04 May 2012

Polis siar foto anggota kasari orang ramai, wartawan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyiarkan dalam Facebook pasukan itu rakaman gambar anggota polis yang didakwa telah mengkasari orang awam serta wartawan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.

Dalam kenyataan yang turut disiarkan dalam Facebook tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menyeru orang ramai supaya tampil memberi kerjasama dan bukti.


"Melalui rakaman gambar-gambar ini, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru mana-mana juga orang ramai yang berada di sekitar tempat kejadian, khususnya terhadap mereka yang menyaksikan kejadian itu, tampil memberi kerjasama, serta bukti-bukti yang ada untuk keterangan mereka direkodkan oleh pegawai penyiasat berdasarkan kepada prosedur undang-undang negara ini," katanya.

Selain itu, pihak polis juga turut menyiarkan sejumlah 42 keping lagi gambar hasil daripada penelitian terhadap gambar-gambar yang telah dirakam oleh media dan polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan di sekitar Bandaraya KualaLumpur ke Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

"Di samping itu, turut diedarkan adalah gambar-gambar yang mengandungi aksi-aksi deretan peserta perhimpunan yang telah merempuh kawalan polis di suatu lokasi yang berhampiran dengan Dataran Merdeka.

"Rempuhan ini menunjukkan peserta perhimpunan mempunyai hasrat menuju ke Dataran Merdeka yang dikawal oleh polis dan pihak Bandaraya Kuala Lumpur," kata Mohmad.

Berikutan itu, beliau menyeru orang ramai yang mengenali pihak atau kepada individu dalam gambar tersebut supaya tampil memberi maklumat kepada mana-mana pegawai polis, balai polis atau berhubung terus dengan ASP Azmi Aziz, pegawai jabatan siasatan jenayah D7A ibupejabat polis Kuala Lumpur melalui emel azmiaziz@rmp.gov.my atau telefon 019-2602344 dan 019-3872344.

http://www.malaysiakini.com/news/196996


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas