BlogList Malaysia

17 May 2012

Pekida Pun Nak Nama Jugak..

NGO berkumpul di balai gesa tindakan pada BERSIH

Beberapa NGO dan persatuan penduduk sekitar Puchong hari ini berhimpun di ibu pejabat polis daerah (IPD) Serdang bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan polis menjaga keamanan, termasuk dalam perhimpunan BERSIH lalu.

Pada masa yang sama, kira-kira 100 orang daripada mereka mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap anggota jawatankuasa Pemandu BERSIH yang didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman dalam perhimpunan 28 April lalu.

Antara kumpulan terlibat Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Puchong, Waris Malaya, Gabungan NGO Puchong, dan Pembangunan Belia Enggang Bandar Kinrara.


"Begini caranya untuk kita berhimpun, tidak melakukan kerosakan... Bukan melakukan kekecohan atau rusuhan.

"Kita sokong untuk polis mengambil tindakan tegas terhadap jawatankuasa pemandu BERSIH," ucap wakil Pekida daripada cawangan Puchong.

Bagaimanapun, dalam laporan polis yang dibuat selepas perhimpunan itu, mereka menolak "rusuhan dan huru-hara" yang boleh menjatuhkan imej negara, tanpa menyebut langsung nama BERSIH.

Kumpulan itu membawa pelbagai kain rentang dan poster bagi menyatakan sokongan mereka terhadap polis menjaga keamanan di negara ini.

Mereka berhimpun di pintu pagar masuk ke IPD berkenaan, sebelum berarak ke pintu utama ibu pejabat berkenaan sambil melaungkan "hidup polis".

Mereka kemudiannya menyampaikan plak, bendera kepada Ketua Polis Daerah Serdang Abd Razak Elias yang sedia menanti di pintu masuk.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas