BlogList Malaysia

29 May 2012

Debat Tak Berani.. Kutuk Belakang Berani Laa...

Najib: Janji Pakatan tidak realistik

KUALA LUMPUR, 29 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengutuk cadangan ekonomi Pakatan Rakyat (PR) sebagai janji populis yang direka untuk mendapat kuasa.

Najib (gambar) berkata bahawa cadangan PR untuk memansuhkan skim pinjaman pelajar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bernilai RM45 bilion dan polisi untuk menetapkan gaji minima pada kadar RM4,000 adalah tidak realistik.


“Tidak perlu ahli ekonomi untuk melihat bahawa janji-janji ini adalah tidak realistik (far-fetched),” beliau berkata dalam satu sesi soal jawab di persidangan Invest Malaysia hari ini.

“Mereka (PR) tidak ada niat untuk melaksanakan janji-janji yang telah dibuat supaya mereka diundi,” tambah beliau.

Najib berkata bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil pendekatan “populis” dan adalah lebih munasabah semasa merangka polisinya.

“Kami mempunyai visi yang jelas (clarity of vision) dan program yang kredibel serta pelan tindakan (roadmap) untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi,” beliau berkata apabila ditanya mengapa beliau patut mendapat mandat yang kukuh dalam pilihan raya yang akan datang.

Beliau berkata bahawa mandat yang kukuh adalah penting supaya agenda transformasi kekal dilaksanakan.

BN dan PR bertentangan pendapat dalam merangka polisi ekonomi, di mana para pembangkang berjanji untuk berusaha untuk menetapkan gaji minima yang lebih tinggi dan lebih banyak subsidi minyak untuk menghadapi kos hidup yang kian meningkat.

Pemansuhan skim pinjaman pelajar ini mungkin akan jadi penarik undian yang kuat untuk pembangkang persekutuan, memandangkan banyak graduan yang baru mendapati mereka dibebankan dengan hutang dan orang dewasa muda yang merupakan kebanyakan pengundi yang baru didaftarkan dan mungkin menjadi faktor penting dalam pilihan raya.

Pentadbiran Najib telah berkata bahawa negara ini tidak mampu menanggung subsidi minyak tambahan dan kos untuk memansuhkan pinjaman pelajar dan konsesi tol yang tidak popular.

Tetapi ia juga dilihatkan telah mengambil langkah populis sendiri seperti menangguhkan initiatif rationalisasi subsidi dan pemindahan wang terus di bawah program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Ia juga telah memperkenalkan polisi gaji minima pada awal bulan ini, dengan RM900 di Penisular Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak walaupun ada kritikan bahawa polisi ini boleh menjadikan pasaran pekerja menjadi lebih tegar.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-janji-pakatan-tidak-realistik/


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas