BlogList Malaysia

26 March 2012

Perancangan Jahat Pihak Atasan Dalam Umno Terhadap Kadir Fadzir

Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir mendakwa serangan dan kecaman media massa arus perdana ekoran kritikannya terhadap Umno dibuat "secara terancang dari pihak yang berkuasa".

Dan serangan dan kecaman tersebutlah yang menyebabkan beliau keluar dari Umno, katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau, yang lama berjuang dalam parti, mendakwa usaha tersebut dibuat "secara terancang dari pihak yang berkuasa".


"Ini diikuti pula oleh kenyataan Setiausaha Agung Umno (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) sendiri meminta keluar parti.

"Maka, saya keluarlah sebagai ahli Umno yang telah saya abdikan segala jiwa raga saya selama 56 tahun," katanya.

Bagaimanapun, katanya beliau tidak akan meninggalkan perjuangan Umno yang diasaskan oleh pengasas parti itu terdahulu.

Antara teguran dan kritikannya yang dikecam dan didakwanya diputarbelitkan oleh media massa arus perdana adalah berhubung dakwaan pemberian wang dalam pilihan raya, perggunaan jabatan kerajaan untuk berkempen bagi satu pihak serta menuntut media bebas dan adil.

Beliau berpendapat cadangan tersebut bukan baru, kerana ianya telah diperkatakan oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin sendiri.
Abdul Kadir yang juga bekas penerangan berkata Umno kini "keadaannya telah menyimpang begitu jauh dengan niat murni pengasas negara dan Umno dahulu".

"Dalam memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, dari saat yang pertama lagi, mereka tegas bahawa negara kita hendaklah benar-benar demokratik.

"Perlembagaan negara yang mereka lahirkan jelas membuktikan hakikat ini.

"Ini bermakna kebebasan mutlak rakyat dan hak asasi mereka hendaklan dihormati dan disanjungi - hak bersuara, hak berpolitik, hak menubuh parti politik, hak tunjuk perasaan, media yang bebas dan berbagai lagi," katanya.

Ditanya sama ada beliau kecewa menyebabkan beliau bertindak keluar parti, Kadir yang juga bekas menteri pelancongan enggan menyebutnya begitu.

"Saya sayang kepada kawan-kawan saya, kita tak boleh putuskan hubungan. Saya tak nak kata yang tidak baik.

"Kalau tahu buat salah, kita bertaubat buang, kerana merosakkan apa diperjuangkan oleh pengasas dan pemimpin Umno dahulu," katanya.

Ditanya sama ada menerima tawaran daripada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai parti itu, Kadir berkata beliau "tidak tahu dan tidak mahu sebut begitu".

Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat pemimpin Pakatan Rakyat ada memujuknya berbuat demikian.

"Saya akan buat keputusan, tapi bukan (masuk) kerana pujukan," katanya.

"Saya akan aktif memberi ceramah atas isu-isu nasional, atas jemputan NGO buat masa ini.

"Ada jemputan NGO untuk memberi ceramah tentang pelbagai isu, saya akan terima. Apabila berhenti (dari Umno) saya bebas sikit, saya hanya terima jemputan NGO," katanya yang keluar daripada Umno pada 19 Mac lalu.

Beliau menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu selama 56 tahun sejak tahun 1956.

Abdul Kadir pernah menyandang jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno, exco Pemuda Umno, ketua bahagian dan ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu selama 30 tahun.

Ditanya sama ada beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyertai Pakatan pembangkang, Abdul Kadi berkata:

"Buat saya ini, saya bersama dengan NGO (AMANAH), perkara-perkara lain, belum terfikir lagi.

"Kalau depa tabuh kuat sangat, kita terjun la," katanya sinis.

Beliau menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu selama 56 tahun sejak tahun 1956.

Abdul Kadir pernah menyandang jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno, exco Pemuda Umno, ketua bahagian dan ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu selama 30 tahun.

http://malaysiakini.com/news/193142


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas