BlogList Malaysia

22 February 2012

Seleweng Dana - DBKL Cover Raja Bersiong

DBKL nafi dana persatuan biayai program menteri

Majlis Bandaraya Kuala Lumpur menafikan dakwaan bahawa dana yang diperuntukkan bagi aktiviti persatuan perumahan rakyat tahun lalu, digunakan bagi membiayai majlis yang dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, dakwaan yang dibuat oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar itu adalah "tidak tepat dan tidak benar".

Menurut DBKL dalam satu kenyataan, malis itu hanya menyediakan bantuan logistik dan sedikit juadah untuk program sosial "berdasarkan peruntukan sedia ada".


Ini adalah dana tambahan selain peruntukan tunai RM5,000 setahun untuk menyokong aktiviti-aktiviti sosial Persatuan Penduduk yang aktif di Kuala Lumpur dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Ia juga menyatakan bahawa program anjuran NGO dan DBKL adalah untuk memenuhi objektif pembangunan sosial.

Menurut DBKL, Raja Nong Chik menghadiri acara-acara berkenaan atas jemputan dari pihak penganjur.

"Kehadiran beliau adalah atas kapasiti sebagai menteri, seperti yang diamanahkan oleh kerajaan, dan bukan untuk tujuan politik," kata kenyataan itu.


Pada Jumaat lalu, Nurul Izzah pada sidang medianya mendakwa penduduk dalam kawasan parlimennya mengadu bahawa permohonan mereka untuk aktiviti persatuan perumahan rakyat telah ditolak oleh DBKL dan duit tersebut digunakan untuk membiayai "program Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin".

Mengesahkan perkara tersebut, ahli jawatankuasa penduduk Apartmen Sri Putra Abdul Rahi Mohd Noor berkata program mencegah kebakaran yang dijadualkan April 2011 telah dibatalkan disebabkan alasan berkenaan.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas