BlogList Malaysia

09 October 2011

PAS kesal tiada polis, tentera terima BGP

PAS Melaka menyatakan kekesalannya apabila selepas 30 tahun diperkenal, masih tiada anggota polis dan tentera dienugerahkan Bintang Gagah Perkasa (BGP), seperti diberikan pada jurugambar yang terkorban di Somalia.

"Kenapa ini boleh berlaku, adakah tiada seorang pun polis atau tentera Melaka atau Malaysia yang layak untuk menerima bintang tersebut?

"Atau polis dan tentera selama ini memang terabai dan tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri Melaka," kata Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari (kanan).


Dalam kenyataannya hari ini, Adly berkata, sejak diperkenal pada tahun 1978 mustahil tiada yang layak mendapat pingat bagi mengenang jasa polis dan tentera negara ini.

Beliau bagaimanapun menyokong langkah kerajaan Melaka menganugerahkan bintang itu kepada allahyarham Noramfaizul Mohd Nor (bawah) yang terkorban di Somalia semasa menjalankan tugas baru-baru ini.

"Kita sokong usaha pengiktirafan ini, beliau memang layak menerimanya malah sepatutnya beliau dianugerahkan dengan anugerah yang lebih dari itu."

"Beliau mempertaruhkan nyawa, tidak semua orang berani menjalankan tugas yang mencabar ini, bukan setakat tenaga dan keringat malah nyawa" ujar Adly.

Kerajaan Melaka semalam memberikan penghormatan tertinggi kepada jurukamera Bernama TV itu sempena ulang tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob pada Sabtu.

Noramfaizul yang terkorban ketika menyertai misi kemanusiaan di Somalia pada 2 September lepas adalah penerima tunggal anugerah itu setakat ini.

Malaysiakini



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas