Beberapa orang bekas pegawai kanan kerajaan akan menyertai PAS secara rasmi pada 18 Februari nanti sempena lawatan Tuan Guru Presiden PAS dan Ketua Penerangan PAS Pusat ke Melaka.
Mereka akan menyerahkan borang menyertai PAS pada sebelah malam iaitu pada majlis ceramah perdana Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Permatang Pasir, Dun Telok Mas.
Setakat ini mereka telah mengesahkan akan menyerahkan sendiri borang tersebut kepada Tuan Guru.
Kemasukan bekas-bekas Pegawai Kanan Kerajaan ini memberikan tamparan hebat kepada BN Melaka yang selama ini mendakwa bahawa pegawai-pegawai kerajaan dan bekas-bekas pegawai kerajaan terus setia bersama mereka.
Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari dalam salah satu posting di Facebook beliau mengesahkan perkara ini.
Kita tunggu 18 Feb nanti siapa agaknya bekas Pegawai Kanan Kerajaan tersebut. .....Apakah Umno Melaka akan menyerang mereka dengan pelbagai tuduhan.
~mutaligat
Read More...
Summary only...
PAS Melaka menyatakan kekesalannya apabila selepas 30 tahun diperkenal, masih tiada anggota polis dan tentera dienugerahkan Bintang Gagah Perkasa (BGP), seperti diberikan pada jurugambar yang terkorban di Somalia.
"Kenapa ini boleh berlaku, adakah tiada seorang pun polis atau tentera Melaka atau Malaysia yang layak untuk menerima bintang tersebut?
"Atau polis dan tentera selama ini memang terabai dan tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri Melaka," kata Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari (kanan).
Dalam kenyataannya hari ini, Adly berkata, sejak diperkenal pada tahun 1978 mustahil tiada yang layak mendapat pingat bagi mengenang jasa polis dan tentera negara ini.
Beliau bagaimanapun menyokong langkah kerajaan Melaka menganugerahkan bintang itu kepada allahyarham Noramfaizul Mohd Nor (bawah) yang terkorban di Somalia semasa menjalankan tugas baru-baru ini.
"Kita sokong usaha pengiktirafan ini, beliau memang layak menerimanya malah sepatutnya beliau dianugerahkan dengan anugerah yang lebih dari itu."
"Beliau mempertaruhkan nyawa, tidak semua orang berani menjalankan tugas yang mencabar ini, bukan setakat tenaga dan keringat malah nyawa" ujar Adly.
Kerajaan Melaka semalam memberikan penghormatan tertinggi kepada jurukamera Bernama TV itu sempena ulang tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob pada Sabtu.
Noramfaizul yang terkorban ketika menyertai misi kemanusiaan di Somalia pada 2 September lepas adalah penerima tunggal anugerah itu setakat ini.
Malaysiakini
Read More...
Summary only...
PAS Melaka Serah Bukti Kepada SPRM
Timbalan Pesuruhjaya I Pas Melaka, Adly Zahari : semalam memberi keterangan selama kira-kira tiga jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan Majlis Agama Islam Melaka (Maim).
Adly berkata, beliau berbuat demikian antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari berkaitan laporan yang dibuatnya kepada pihak berkenaan 23 Februari lalu.
“Saya telah menyerahkan segala bukti penggunaan wang zakat sebanyak RM13.85 juta untuk membina bangunan MAIM dan penyerahan hak milik tanah Maim kepada satu syarikat walaupun tempoh perjanjian telah tamat.
“Ini termasuk bukti penjualan tanah lot 105 dan 106 kepada pihak ketiga oleh syarikat berkenaan dan mengapa Maim masih tidak mengambil tindakan terhadap syarikat itu kerana secara jelas kontraktor berkenaan tidak melaksanakan projeknya,” katanya pada sidang media di Markas Induk Pas Taman Muhibbah di sini, semalam.
Menurutnya, SPRM telah berjanji akan menyiasat secara telus dakwaan itu.
“Kita berharap SPRM dapat kotakan janjinya kerana saya akan sentiasa akan menghubungi mereka mengenai perkembangan siasatan itu. Projek pembangunan secara usahasama dengan syarikat itu gagal kerana pihak berkenaan dikatakan mengingkari perjanjian dengan tidak membina kompleks Maim sehingga tamat tempoh perjanjian pada Jun 2004.
Kegagalan penguatkuasaan perjanjian projek usaha sama itu mengakibatkan Maim mendahulukan wang zakat untuk membina kompleks bangunannya. -SH
Read More...
Summary only...